Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Benedict Cumberbatch Dilaporkan Bakal Muncul Dalam Siri Disney+ WandaVision

Semasa di San Diego Comic-Con yang lalu, Marvel Studios mengesahkan bahawa siri Disney+ WandaVision akan berkait dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan Scarlett Witch turut disahkan akan muncul dalam filem tersebut.

Kini terdapat khabar angin terbaru yang mengaitkan pelakon Benedict Cumberbatch dengan siri televisyen Disney+ itu.

Tiada maklumat lanjut diperolehi, tetapi difahamkan aktor tersebut akan muncul sebagai cameo pada episod terakhir WandaVision. Jika benar, kemunculan Doctor Strange dalam siri WandaVision mungkin masuk akal kerana ia dapat mengaitkan siri tersebut dengan filem kedua Doctor Strange. 

Buat masa ini kita sebagai peminat anggap sahaja ia sekadar khabar angin atau teori. Doctor Strange mungkin ya atau mungkin tidak muncul dalam siri WandaVision. Tetapi harus diingat, Marvel Studios sering memaparkan kejutan terutamanya pada babak ‘post-credit’ bagi mengaitkan antara satu filem Marvel dengan filem yang lain. Jadi tidak mustahil WandaVision akan turut memaparkan kejutan.

Siri Disney+ WandaVision bakal menyaksikan Wanda Maximoff mengalami gangguan mental dan berubah menjadi Scarlet Witch. Pengarah Fargo, Matt Shakman telah diberi tanggungjawab untuk mengarahkan 6 episod siri akan datang.

Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran Wanda yang bising.

WandaVision akan menemui penonton pada musim bunga 2021.

Sumber: Murphy’s Multiverse

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment