Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Benedict Cumberbatch Dedah Tarikh Produksi Doctor Strange in the Multiverse of Madness


Ketika ditemubual Watch Time India, bintang MCU Benedict Cumberbatch mendedahkan bahawa dia kini sedang terlibat dalam pra-produksi filem yang paling dinantikan, Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dan telah kongsikan bila penggambaran akan bermula. 

“I’m in pre-production with the second Dr. Strange film, which is very exciting,” “We will start filming in late October or early November.” 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness digambarkan sebagai filem seram pertama MCU. Cumberbatch kembali meneruskan peranannya sebagai Dr. Stephen Strange bersama-sama Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch. 

Menurut Kevin Feige, rancangan Disney+ akan datang, WandaVision dan Loki akan memberi kesan langsung kepada peristiwa dalam sekuel Doctor Strange. 

Doctor Strange dan Scarlet Witch muncul dalam filem Avengers: Endgame, di mana mereka berdua kali terakhir dilihat menghadiri pengebumian Tony Stark. Loki juga muncul dalam Endgame, dan kali terakhir dilihat selepas peristiwa pertempuran pertama Avengers di New York, di mana dia melarikan diri dengan kiub Tesseract.


Filem sekuel ini akan diarahkan oleh Sam Raimi (Spider-Man), yang mengantikan tempat Scott Derrickson. Pengarah Loki, Michael Waldron bertindak sebagai penulis lakonlayar. Chiwetel Ejiofor dan Benedict Wong akan meneruskan peranan mereka dalam filem akan datang. 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan pada 25 Mac 2022.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee