Berita

Ben Affleck Tolak Menjadi Pengarah Filem Flashpoint

Views

Dalam perkembangan terbaru filem Flashpoint yang dikeluarkan laman web Variety.com baru-baru ini mendedahkan, Warner Bros. dikatakan sedang berbincang dengan penulis filem superhero Marvel Spider-Man: Homecoming, John Francis Daley dan Jonathan Goldstein untuk mengarahkan filem solo karakter superhero The Flash itu.

Bagaimanapun berita tersebut dikatakan sekadar khabar angin dan pihak studio masih belum memberi sebarang komen tentang perbincangan mereka dengan mana-mana pengarah untuk mengarahkan filem tersebut.

Sebelum ini, pihak studio Warner Bros. telah menawarkan kerusi pengarahan filem Flashpoint kepada aktor Ben Affleck, namun pelakon karakter Dark Knight itu menolak untuk menjadi pengarah filem berkenaan.

Jika Warner Bros. benar-benar cuba 'merisik' Daley dan Goldstein untuk menjadi pengarah filem Flashpoint, kemungkinan mereka mahu menyelitkan elemen-elemen komedi dalam filem solo The Flash sepertimana dalam filem Vacation (2015) dan filem 2018, Game Night yang merupakan arahan kedua-dua individu tersebut,

Pembikinan filem Flashpoint tergendala selepas pengarahnya Rick Famuyiwa meninggalkan projek berkenaan. Selepas itu, pengarah filem Back to the Future dan Forrest Gump, Robert Zemeckis dikaitkan untuk mengarahkan filem ini pada tahun lepas, namun berita mengenai pembabitan pengarah tersebut terhenti begitu sahaja.

Filem Flashpoint yang sepatutnya ditayangkan pada tahun ini telah ditunda tayangan ke tahun 2020 dan pihak Warner Bros. kini sedang menantikan jadual pelakon utamanya, Ezra Miller kosong sebelum memulakan penggambaran filem terbaru Warner Bros. & DC itu. Aktor tersebut kini sedang dalam penggambaran filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks