Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ben Affleck Tolak Kemungkinan Kembali Sebagai Batman

Ben Affleck telahpun berundur dari projek The Batman dan juga DC Extended Universe, tetapi masih terdapat peminat yang berharap aktor tersebut kembali meneruskan watak sebagai ‘Caped Crusade’.

Terdapat khabar angin yang mengatakan Affleck mungkin menyarung sut Batman buat kali terakhir menerusi filem Flashpoint, tetapi temuramahnya bersama wartawan baru-baru menyatakan sebaliknya.

Menerusi video dibawah, aktor tersebut menegaskan bahawa waktunya sebagai adiwira ikonik komik DC itu telah menuju kepenghujung, dan dia menghargai segala peluang membawa watak Batman.

Affleck telah membuat dua kemunculan penuh dalam filem Batman V Superman: Dawn of Justice dan Justice League, serta sebagai cameo dalam filem Suicide Squad. Dia juga hampir muncul dalam filem solo The Batman yang mana dia juga bertindak selaku penulis skrip dan pengarah.

Namun, filem tersebut menjadi kemuncak pengakhirannya dalam DCEU apabila terpaksa berundur dan menyerahkan tanggungjawab filem The Batman kepada Matt Reeves.

Jadi kepada peminat Affleck, adakan anda masih mahu melihat aktor tersebut meneruskan wataknya? kongsikan pendapat anda!

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment