Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ben Affleck Menarik Diri Dari Mengarah Filem The Batman

Ben Affleck – The Batman

Filem The Batman mula menghadapi laluan berliku apabila pengarahnya, Ben Affleck menarik diri dari mengarah filem berkenaan. Menurut laporan laman hiburan Variety, Affleck mengumumkan secara rasmi untuk tidak mengarah filem solonya dalam DC movie universe.

Walaubagaimanpun, Affleck masih lagi menjadi producer dan juga bintang utama filem berkenaan walaupun tidak lagi mengarah. Sebelum ini, Ben Affleck menghadapi tekanan dari peminat yang tertanya-tanya mengenai status skrip filem berkenaan sehingga memberi tekanan kepadanya sedangkan tarikh tayangan filem dijangka berbaki setahun saja lagi.

Punca dia menarik diri disebabkan tidak mampu untuk fokus memandangkan dia juga merupakan pelakon utama dan juga penulis skrip filem superhero Gotham ini.

“There are certain characters who hold a special place in the hearts of millions. Performing this role demands focus, passion and the very best performance I can give. It has become clear that I cannot do both jobs to the level they require. Together with the studio, I have decided to find a partner in a director who will collaborate with me on this massive film. I am still in this, and we are making it, but we are currently looking for a director. I remain extremely committed to this project, and look forward to bringing this to life for fans around the world.”

Penarikan diri Ben Affleck ini bagaimanapun disokong Studio Warner Bros.

“Warner Bros. fully supports Ben Affleck’s decision and remains committed to working with him to bring a standalone Batman picture to life.”

Ben Affleck yang mempunyai sejarah memenangi anugerah sebagai pengarah filem dan lakonan mantap sebagai Bruce Wayne dalam filem Batman V Superman dikatakan individu yang sesuai untuk mengarah filem ini dan mampu bersaing dengan filem Batman sebelum ini.

Berita penarikan diri Affleck ini menyebabkan peminat tertanya-tanya siapakah pengarah yang bakal mengambilalih tugas Affleck.

Terdapat desas-desus mengatakan, pengarah filem War For the Planet of the Apes, Dawn of the Planet of the Apes, dan Cloverfield, Matt Reeves berada dalam senarai paling atas untuk mengemudi pembikinan filem DCEU ini.

Reeves pernah menjadi pengarah bidan terjun untuk filem War of the Planet of the Apes apabila pengarah sebelum Rupert Wyatt menarik diri dari terus mengarah filem trilogi Apes itu. Selain itu, kebolehannya dalam menulis skrip dan kejayaan filem-filem arahannya menjadikan calon paling sesuai untuk bekerjasama dengan Ben Affleck dan Warner Bros.

Kemelut yang melanda team produksi filem The Batman bagaimanapun tidak akan menganggu jadual tayangan filem ini yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018.

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment