Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ben Affleck Sifatkan “Justice League” Adalah Pengalaman Terburuknya

Ben Aflleck mempunyai kerjaya yang cukup panjang di Hollywood dan telah membintangi banyak peranan yang tidak dapat dilupakan. Bagaimanapun, dalam temu bual baru-baru ini dengan Los Angeles Times, pelakon itu mendedahkan bahawa kariernya sebagai Batman tidaklah sehebat seperti yang dia harapkan.

Apabila ditanya mengenai tekanan yang dialami pelakon itu semasa membawa peranan sebagai Batman dalam kedua-dua filem Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League, Affleck sangat berterus terang dalam memberi komen dan mengatakan bahawa masanya bersama Justice League adalah “pengalaman buruk,” terutamanya apabila mendengar berita Zack Snyder terpaksa meninggalkan filem itu lebih awal berikutan kematian anak perempuannya.


“Justice League menjadi titik paling rendah dalam karier saya,” kata Affleck.

“Itu adalah pengalaman buruk kerana beberapa pekara: kehidupan saya sendiri, penceraian saya, rasa terlalu jauh, dan kemudian tragedi peribadi yang menimpa Zack dan penggambaran semula.

Ia menjadi pengalaman paling buruk. Sangat teruk. Saya berkata pada diri sendiri. ‘Saya tidak akan melakukan ini lagi’. Ini seperti Justice League yang sangat teruk. Apa-apa sahaja boleh terjadi.”

Sebelum komen itu, Affleck juga bercakap tentang pengundurannya dari The Batman, yang mana dia sepatutnya mengarahkan dan membintangi filem tersebut. Menurut Affleck, dia tahu bahawa dia mungkin tidak akan gembira untuk mengarahkannya.

“Mengarahkan [The Batman] adalah contoh yang baik,” dedah Affleck.

“Saya melihatnya dan berfikir, “Saya tidak akan gembira melakukan ini. Orang yang melakukan ini sepatutnya menyukainya.” Anda sepatutnya sentiasa menginginkan perkara ini, dan saya mungkin akan suka melakukannya pada usia 32 tahun atau lebih.

Tetapi ia adalah titik di mana saya mula menyedari ianya tidak berbaloi. Adalah bagus untuk berfikir semula dan mestrukturkan semula keutamaan anda apabila ia mula menjadi lebih kepada pengalaman, saya berasa lebih tenang.”

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment