Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ben Affleck Memulakan Semula Latihannya Untuk Watak Batman & Berita Terbaru The Batman

Ben Affleck dilaporkan memulakan semula latihannya sebagai persediaanya untuk pengambaran filem solo The Batman yang akan dimulakan tidak lama lagi. Affleck yang dipilih oleh Warner Bros. untuk membawakan watak Bruce Wayne dan Batman telahpun membuat kemunculannya dalam filem Batman V Superman: Dawn of Justice  dan watak cameo dalam Suicide Squad.

Beliau juga bakal muncul dalam filem terbaru DCEU, Justice League yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

“Ben Affleck, Batman, I just got word that he just started training again for the role. You know how there was talk that he was gonna leave and he might leave the role? Nah, bro. He’s working out. He’s getting back in shape.” – Umberto Gonzalez, sumber: The Wrap

The Batman yang mengalami beberapa masalah dengan pengunduran Ben Affleck sebagai pengarah, skrip yang tidak disiapkan dan khabar angin mengenai pengguguran Joe Manganiello oleh pengarah baru Matt Reeves menghangatkan berita-berita mengenai filem solo The Batman ini.

Michael Giacchino (sumber: Deborah Coleman / Pixar), 

Sementara itu, komposer untuk filem Rogue One: A Star Wars Story, Michael Giacchino dilaporkan berminat untuk bekerjasama semula dengan Matt Reeves untuk menghasilkan musik skor filem arahan pengarah tersebut.

Giacchino telah beberapa kali bekerjasama dengan Matt Reeves, dan dia yang terbaru Giacchino dan Reeves telah berkolaborasi bersama dalam filem arahan Reeves yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Dawn of the Planet of the Apes. 

Giacchino pernah menghasilkan musik skor untuk beberapa filem terkenal antaranya Star Trek films, Super 8, dan Mission: Impossible Rogue Nation

Setakat ini, tiada tarikh rasmi mengenai tayangan filem The Batman, kami akan bawakan berita filem DCEU ini dari masa ke semasa.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment