Berita

Ben Affleck Disahkan Kembali Sebagai Batman Dalam Filem THE FLASH

Views

Portal hiburan Vanity Fair mendedahkan bahawa pelakon Ben Affleck akan kembali memainkan peranannya sebagai Batman dalam filem The Flash yang akan ditayangkan di pawagam pada 2022. 

Affleck telahpun menerima skrip pada minggu lepas, dan dia kini bersetuju untuk membintangi projek terbaru DC itu. 

"Dia sangat penting dalam mewujudkan kesan emosi pada filem ini" jelas pengarah Andy Muschietti mengenai penglibatan Affleck dalam filem The Flash

"Interaksi hubungan antara Barry dan Wayne (Affleck) akan membawa tahap emosi yang belum pernah kita lihat sebelumnya. Ini filem Barry, ini kisah Barry, tetapi watak mereka saling berkaitan daripada apa yang kita fikirkan. Mereka berdua kehilangan ibu kerana dibunuh, dan itu salah satu saluran emosi dalam filem ini. Disitulah Batman bermula"

Affleck bukan satu-satunya Batman yang akan membuat kemunculan semula, beberapa dimensi-alternatif adiwira akan turut muncul dalam filem The Flash dalam bentuk yang pernah dilihat penonton. Michael Keaton yang memainkan peranan "Caped Crusader" dalam filem Batman (1989) arahan Tim Burton bakal muncul dalam filem akan datang, dan digambarkan oleh Muschietti sebagai bahagian yang "penting".

Filem The Flash akan datang bakal memasukan elemen 'multiverse' apabila adiwira yang digelar "Fastest Man Alive" mengembara ke beberapa realiti dalam dunia DC. 

Kepada peminat DCEU, adakah anda teruja melihat Ben Affleck kembali sebagai Batman? kongsikan pendapat anda. 

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks