Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ben Affleck Dedah Sekuel THE ACCOUNTANT Akan Dijadikan Siri Televisyen


Semasa diwawancara Collider baru-baru ini, Ben Affleck menawarkan kemaskini mengenai sekuel yang telah lama dalam pembangunan iaitu The Akauntan, arahan Gavin O’Connor. Menurutnya The Accoountant 2 berkemungkinan besar akan menjadi siri televisyen, bukannya sebuah filem.

Menurut Affleck, terdapat perdebatan tentang perancangan sama ada mahu versi siri televisyen dihasilkan ataupun tidak. Selain itu juga, penghasilan skripnya juga agak sukar kerana personaliti karakter yang agak spesifik. Tambahan pula, penulis skrip pertama Bill Dubuqueagak sibuk dengan jadualnya.

Sementara itu, Affleck turut mendedahkan bahawa dia teruja berkerja dengan Gavin dan mahu berkerjasama sekali lagi sekirannya sekuel dapat dihasilkan.

 “It was a lot of fun. It was an interesting twist on the genre and I’d love to do it.” 

The Accountant ditulis oleh Bill Dubuque dan dibintangi Affleck, Anna Kendrick, J.K. Simmons, Jon Bernthal, dan John Lithgow. Filem terbitan Warner Bros. pada 2016 ini menyaksikan Affleck memainkan peranan sebagai Christian Wolf, akauntan autistik yang menjadi pembunuh upahan dan bekerja sebagai pembuat buku kira-kira untuk organisasi penjenayah. Filem thriller ini berjaya mengumpul $155.2 juta dolar seluruh dunia.



Related posts

Review Filem: Unhinged (2020)

Kakimuvee

Terpisah & Diburu, Filem Thriller Let It Snow Akan Menemui Penonton 24 September Ini

Kakimuvee

Jake Gyllenhaal & Antoine Fuqua Kembali Bekerjasama Dalam Filem Thriller The Guilty

Kakimuvee

Penculikan, Penghambaan & Rasisme Dipaparkan Dalam Klip Video ‘Antebellum’

Kakimuvee

Tonton Trailer Terbaru Unhinged Lakonan Russel Crowe

Kakimuvee

TV Spot IMAX TENET Menjanjikan Pengalaman Sinematik Yang Cukup Hebat

Kakimuvee