Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ben Affleck Bintangi Filem Drama Bencana “Falling to Earth”

Deadline melaporkan, Ben Affleck telah bersetuju untuk bintangi sebuah filem adaptasi berjudul Falling to Earth, berdasarkan novel yang ditulis oleh Kate Southwood. Affleck juga akan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Matt Damon menerusi syarikat penerbitan mereka, Pearl Street Films.

Novel tersebut dilancarkan pada 2013 dan berkisarkan tentang kejadian bencana alam yang berlaku pada tahun 1925 dimana puting beliung telah melanda tiga buah negeri iaitu Indiana, Illinois and Missouri, membunuh 45 orang dan merosakan banyak harta benda.

Affleck akan memainkan peranan sebagai Paul Graves, satu-satunya individu yang tidak terkesan dengan kejadian bencana alam tersebut. Namun setahun kemudian, Paul mula menghadapi kebencian dan cemburu dari orang-orang di kampung halamannya hanya disebabkan kejadian yang kebetulan.

Hillary Seitz akan menulis skrip filem ini, manakala Madison Ainley akan bertindak selaku penerbit eksekutif.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment