Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”


Disember tahun lalu, kami telah kongsikan ‘first look’ telefilem yang dinantikan, 18 Puasa, dan kini keterujaan semakin meningkat selepas Astro Shaw mendedahkan teaser pertama pada 9 April yang lalu serta judul untuk telefilem akan datang iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang.

Berdasarkan teaser dan judul, telefilem terbaru ini nampaknya tidak berkait dengan filem terdahulu, walaupun menampilkan beberapa pelakon asal seperti Bell Ngasri dan Dewa Sapri. Namun, temanya masih sama, menceritakan tentang gelagat sekumpulan penduduk kampung yang ponteng puasa semasa di bulan Ramadhan. 

18 Puasa Di Kampong Pisang diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibarisi pelakon seperti Bell Ngasri, Joey Daud, Aziz M. Osman, Nam Ron, Dewa Sapri dan ramai lagi.

Nantikan telefilem komedi terbaru ini pada 15 April 2021, hanya di Astro First, Saluran 480. 


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee