Berita

Bekas Sinematografer Justice League Dedahkan Hanya 10% Versi Zack Snyder Dimasukkan Dalam Filem

Views

Awal minggu ini, pengarah Justice League mendedahkan bahawa versi "Snyder Cut" akan berdurasi 214 minit. Bagaimanapun, masih belum ada perancangan oleh Warner Bros. untuk menayangkannya sama ada di pawagam, diterbitkan pada bentuk Blu-ray atau disiarkan laman penstriman HBO Max.

Dalam perkembangan terbaru, bekas sinematografer Justice League, Fabian Wagner telah memberikan komen sedikit mengenai "Snyder Cut", dan berharap jika versi tersebut wujud, ianya perlu ditayangkan kepada peminat.

Selain itu juga, Wagner telah telah membuat pendedahan dengan mengatakan bahawa hampir 90% versi Snyder telah dibuang dan digantikan dengan babak baru yang diarahkan Josh Whedon.

"Banyak berubah," jelasnya, "Ia kelihatan sangat berbeza"

"Saya melakukan gambar utama untuk Zack, kami selesai melakukan penggambaran dan dia memulakan suntingan," ujarnya lagi.

"Kami melakukan penggredan warna untuk trailer, jadi tiga trailer yang pertama adalah hasil penggambaran kami. Kemudian mereka mula penggambaran semula. Saya tiada di sana, ia adalah pasukan yang sangat berbeza, mereka melakukan penggambaran selama 55 hari. Saya fikir, hanya 10% adalah hasil penggambaran kami, selebihnya dari penggambaran semula."

Jika apa yang dinyatakan oleh Wagner adalah benar, besar kemungkinan kita menyaksikan filem Justice League yang berbeza dari visi sebenar Zack Snyder. Apapun, kita menanti sahaja perkembangan mengenai "Snyder Cut", dan jika bernasib baik, kita mungkin dapat menontonnya.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks