Bekas pengurus pelakon Nad Zainal yang mahu dikenali sebagai Alog Zuren telah membidas kenyataan pelakon itu menerusi program Melodi harini.Ā Menerusi program itu, Nad menyatakan dia menukar pengurus kerana Alog dikatakan melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya.
Alog telah tampil untuk membersihkan namanya, dan mendakwa yang beliauĀ ada bukti tidak terbabit seperti yang didakwa oleh Nad dan menyifatkan tindakan Nad benar-benar menguji kesabarannya.
Berkata kepada BH Online, Alog mendakwa telah lama mendiam diri kerana kedua-dua pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain, namun kesabarannya teruji apabila Nad membuat kenyataan yang tidak elok kepadanya di Melodi.
“Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini,”
Mengikut Alog, Nad tidak seharusnya menuding jari kepada mana-mana pihak kerana sikap pelakon itu sendiri yang menjadi punca peminatnya berpaling tadah. Pelakon itu yang terkenal menerusi drama Kampung Girl, terpalit dengan pelbagai kontroversi terutamanya kisah cinta. Nad pernah dikaitkan dengan Azwan Kombos, Hefny Sahad dan terbaru seorang jejaka yang dikenalinya sewaktu menuntut di ASWARA.