Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bekas Pelakon Green Lantern, Peter Sarsgaard Sertai The Batman


Menerusi laman Twitter rasmi, pengarah Matt Reeves telah mengumumkan peryertaan bekas pelakon Green Lantern & The Magnificent Seven, Peter Sarsgaard dalam barisan pelakon filem The Batman. Bagaimanapun, peranan yang bakal dibawa bekas calon Anugerah Golden Globe itu masih lagi tidak diketahui.

Menurut beberapa portal antarabangsa, Sasrgaard dikhabarkan memainkan peranan sebagai polis atau pendakwaraya yang korup. Ini menimbulkan spekulasi bahawa pelakon tersebut mungkin membawa watak sebagai Harvey Dent/Two-Face.

Saargaard menyertai pelakon seperti Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne / Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.

Skrip The Batman ditulis oleh Reeves sendiri bersama-sama Mattson Tomlin. Penggambaran dijangka bermula pada Januari 2020 di UK dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee