Trivia

Beberapa Rakaman Dari Animasi MARVEL WHAT IF…? Telah Tersebar Di laman Sosial

Views

Sebaik sahaja Disney+ dilancarkan di utara benua Amerika, beberapa rakaman dari siri animasi MARVEL WHAT…IF? telah mula tersebar di laman sosial. Antaranya rakaman yang memaparkan T’Challa sebagai Star Lord, Winter Soldier menentang zombi Captain America dan Steve Rogers sebagai Iron Man.

Walaupun kesemua rakaman berdurasi sangat pendek, ia sekurang-kurangnya memberi sedikit gambaran kepada penonton tentang siri animasi Marvel itu.

What..If? pertama kali diperkenalkan Marvel pada tahun 1977 dan lebih 200 isu telah diterbitkan. Komik-komik tersebut menceritakan bagaimana sejarah Marvel Universe akan berubah sekiranya mereka melakukan perubahan-perubahan penting dalam kontinuiti Marvel. Sebagai contoh komik What if Spider-Man didn’t become a crimefighter? What if Thanos joined the Avengers? 

Dalam animasi What If…? akan datang, Jeffrey Wright akan memainkan peranan sebagai The Watcher dan animasi ini akan dibintangi pelakon-pelakon asal MCU seperti Michael B. Jordan, Sebastian Stan, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Chris Hemsworth, Hayley Atwell, Chadwick Boseman, Karen Gillan, Jeremy Renner, Paul Rudd, Michael Douglas, Neal McDonough, Dominic Cooper,  Sean Gunn, Natalie Portman, David Dastmalchian, Stanley Tucci, Taika Waititi, Toby Jones, Djimon Hounsou, Jeff Goldblum, Michael Rooker dan Chris Sullivan.

BACA:  Filem-Filem Marvel Fasa 3 Akan Datang: Tajuk dan Tarikh Tayangan

What If…? akan disiarkan di laman streaming Disney+ pada tahun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares