Berita

Beberapa Gambar Dari Siri WHAT...IF? Telah Tersebar Di Laman Sosial

Views

Beberapa gambar dari rakaman siri animasi Marvel What...IF? yang ditayangkan di Expo D23 yang lalu, telah mula tersebar dilaman sosial. Gambar-gambar tersebut menunjukkan pandangan pertama Peggy Carter sebagai Captain Marvel, Captain America sebagai Zombi, T'Challa sebagai Star-Lord dan banyak lagi. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Siri animasi ini akan meneroka 23 filem awal Marvel, dan memasukkan ‘twist’ untuk melihat bagaimana filem-filem tersebut akan menjadi berbeza.

What..If? pertama kali diperkenalkan Marvel pada tahun 1977 dan lebih 200 isu telah diterbitkan. Komik-komik tersebut menceritakan bagaimana sejarah Marvel Universe akan berubah sekiranya mereka melakukan perubahan-perubahan penting dalam kesinambungan dunia komik Marvel. Sebagai contoh komik What if Spider-Man didn’t become a crimefighter? What if Thanos joined the Avengers? 

Dalam animasi siri akan datang, Jeffrey Wright akan memainkan peranan sebagai The Watcher dan akan dibintangi pelakon-pelakon asal MCU seperti Michael B. Jordan, Sebastian Stan, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Chris Hemsworth, Hayley Atwell, Chadwick Boseman, Karen Gillan, Jeremy Renner, Paul Rudd, Michael Douglas, Neal McDonough, Dominic Cooper,  Sean Gunn, Natalie Portman, David Dastmalchian, Stanley Tucci, Taika Waititi, Toby Jones, Djimon Hounsou, Jeff Goldblum, Michael Rooker dan Chris Sullivan.

What If…? akan disiarkan di laman streaming Disney+ pada tahun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks