Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Beberapa Episod The Penthouse Akan Diberi Rating 19+


Drama terbaru SBS The Penthouse akan mengubah rating beberapa episodnya kepada 19+.

Tayangan perdananya pada 26 Oktober yang lalu mendapat penilaian yang tinggi dari penonton, dengan rating melepasi angka 10 peratus. Namun, banyak penonton menyatakan kegusaran mereka mengenai beberapa kandungan dalam dua episod pertama, seperti keganasan di sekolah, dimana ia seharusnya dinilai 19+, dan mereka mengemukakan aduan kepada Komisi Piawaian Komunikasi Korea (KCSC).

Penonton mendakwa, kandungan drama itu boleh menimbulkan tekanan dan “memprovokasi” ‘jenayah tiruan’ kepada golongan remaja dan mereka mendesak agar KCSC memeriksa kandungan drama tersebut.Ā 

Sehubungan dengan itu, SBS mengumumkan perubahan rating pada episod keempatnya – yang akan disiarkan pada 3 November ini – kepada 19+. Episod ketiga bagaimanapun kekal dengan rating 15+. Selain itu juga, mereka akan menilai rating beberapa episod yang lain.Ā 

PenthouseĀ adalah kisah wanita yang berusaha untuk mencapai matlamat mereka memasuki masyarakat tinggi dengan menjadi “ratu” di penthouse tingkat 100 di Gangnam, yang merupakan puncak kejayaan di matanya. Drama ini juga akan menyentuh tentang wanita yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi penjahat untuk melindungi diri sendiri.


Sumber: Soompi


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS ā€œThe Escape of the Sevenā€ Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

MOVING Pecah Rekod, Jadi K-Drama Paling Ramai Penonton Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

MASK GIRL Duduki No. 1 Carta Netflix Untuk Rancangan Bukan Bahasa Inggeris

Kakimuvee