Berita

Beauty And The Beast Catat Kutipan $1 Billion

Views

Filem muzikal Beauty and the Beast terus mencipta rekod baru apabila telah berjaya mencatat kutipan memberangsangkan dengan mengaut kutipan tiket sebanyak $ 1 Billion Dollar (RM4.4 Billion) sejak ia ditayangkan pada pertengahan bulan Mac yang lalu.

laman web Forbes melaporkan filem arahan Bill Condon tersebut telah tersenarai sebagai 29 karya yang mencatatkan kutipan melebihi AS$1 bilion termasuk Titanic, Avatar, Alice in Wonderland dan Zootopia.

Walaupun filem yang diadaptasikan dari animasi Beauty and the Beast terpalit dengan kontroversi apabila Bill mendedahkan kepada majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Ia mendapat reaksi pelbagai daripada penggemar filem itu malah sebuah panggung wayang di Alabama, Amerika Syarikat turut mengharamkan filem itu daripada ditayangkan.

Rusia turut melarang kanak-kanak dibawah usia 16 tahun daripada menonton filem itu.

Ia menampilkan bintang terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

Beauty And The Beast adalah filem animasi klasik Disney yang turut dicalonkan dalam Anugerah Akademi menerusi kategori Filem Terbaik pada 1991.

Sementara itu, Malaysia juga mengambil langkah menangguhkan tayangan filem itu selepas pihak berkuasa mahu mengeluarkan adegan gay dalam filem itu.

Bagaimanapun Beauty and the Beast akhirnya ditayangkan tanpa sebarang potongan pada 30 Mac lalu di Malaysia.

Filem itu diluluskan untuk tayangan di Malaysia dan diletakkan di bawah Klafisikasi PG13 (Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa).

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks