Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

BBC / Netflix Lancarkan Trailer Pertama Minisiri “Dracula”

BBC dan Netflix telah melancarkan trailer pertama minisiri tiga episod Dracula lakonan Claes Bang (The Square) sebagai ‘vampire’ legenda dari kisah klasik tulisan Bram Stoker. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Minisiri Dracula ini dicipta dan ditulis oleh Mark Gatiss dan Steven Moffat (Sherlock) berdasarkan buku yang ditulis oleh Bram Stoker. Plot siri masih lagi tidak didedahkan, tetapi akan berlatarbelakangkan tahun 1897 dimana Count Dracula mencari mangsa di Victorian London dan menentang keturunan Van Helsing.

Turut menyertai barisan pelakon adalah John Heffernan (Eye in the Sky), Joanna Scanlan (No Offence), Dolly Wells (Pride and Prejudice and Zombies), Sacha Dhawan (Iron Fist), Jonathan Aris (Morgan), Morfydd Clark (Pride and Prejudice and Zombies), Nathan Stewart-Jarrett (Misfits), Lyndsey Marshal (The League of Gentlemen), Chanel Cresswell (This Is England), Matthew Beard (An Education), Lydia West (Years & Years), Paul Brennen (Happy Valley), Sarah Niles (Catastrophe), Sofia Oxenham (Poldark), John McCrea (God’s Own Country), Phil Dunster (Humans) dan Millicent Wong.

BBC akan menayangkan minisiri di United Kingdom, manakala Netflix dikawasan Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Tarikh tayangan Dracula masih lagi tidak didedahkan.

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee