Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bayaran Tinggi Yang Diminta Will Smith Menjadi Punca Perancangan Filem Standalone “Deadshot” Terhenti


Status Will Smith dalam pelbagai projek Hollywood yang akan datang menjadi malap berikutan insiden yang melibatkannya dengan pelawak Chris Rock. Ini termasuklah filem ‘standalone’ Deadshot¬†yang dikhabarkan perancangannya dihentikan oleh pihak studio.

Menurut laporan terbaru dari Rolling Stone, DC telah membangunkan filem standalone Deadshot¬†yang akan dibintangi Will Smith. Namun, filem tersebut dikhabarkan telah lama “ditangguhkan” sebelum perselisihan terkenal diantara Will Smith dan Chris Rock.

Laporan itu menyebut, sebab perancangan filem itu terhenti berpunca daripada bayaran yang diminta Smith untuk filem itu. Smith meletakkan nilai dirinya berbanding filem itu, dan tidak jelas berapa banyak bayaran yang diminta pelakon tersebut. 

Menurut Rolling Stone lagi, Smith telah menerima bayaran sebanyak AS$20 juta untuk filem King Richard, dimana peranannya itu telah membolehkannya menerima anugerah Oscar untuk Pelakon Lelaki Terbaik. 

Smith membintangi filem Suicide Squad tahun 2016 disamping Margot Robbie, dan filem itu mendapat ulasan bercampur-campur sebaik sahaja ia ditayangkan. 


Walaupun sekuel francais telah dihasilkan, Smith memutuskan untuk meninggalkan peranannya itu, dan pihak studio menggantikan tempatnya dengan watak Bloodsport lakonan Idris Elba. 


Related posts

Pengarah Asal Berminat Untuk Arahkan Sekuel “I Am Legend”

Kakimuvee

Netflix Batalkan Sekuel “Bright” Lakonan Will Smith

Kakimuvee

Will Smith Mohon Maaf, Chris Rock Masih Belum Keluarkan Apa-Apa Kenyataan

Kakimuvee

[VIDEO] Filem “Coda” Rangkul Anugerah Utama Oscar, Will Smith & Jessica Chastain Menang Kategori Pelakon Terbaik

Kakimuvee

[VIDEO] Will Smith Tampar Chris Rock Di Siaran Langsung Academy Awards

Kakimuvee

Sekuel “I Am Legend” Kini Dalam pembangunan, Akan Dibintangi Will Smith & Michael B. Jordan

Kakimuvee