Battle of Bakara masuki fasa kedua tahun hadapan

254
views

battle of Bakara

Perancangan menerbitkan versi lain filem Hollywood, ‘Black Hawk Down’ dengan sudut pandangan tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku kira-kira 22 tahun lalu di Bakara Market, Somalia akan memasuki fasa kedua awal tahun hadapan.

Pembikin filem dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad berkata, fasa pertama iaitu perancangan dan penyelidikan mengenai peristiwa tersebut hampir memasuki tahun kelima.

Dokumentari yang berdurasi 120 minit itu memaparkan kejadian sebenar yang berlaku pada tanggal 3 Oktober 1993 di antara jam 6.30 petang sehingga ke malam mengikut waktu negara itu.

Ahmad Yazid berkata, dia mengharapkan masyarakat bersikap lebih terbuka tentang bagaimana cara dia mengolahkan cerita dengan mempamerkan kelemahan dan kesilapan anggota tentera Malaysia sendiri.

“Filem Black Hawk Down itu pun kisah benar juga cuma mereka punya perspektif berbeza… perspektif Amerika hanya daripada mata orang Amerika, perspektif orang Malaysia daripada perspektif orang Malaysia (nak jadikan kita ni sebagai hero ke) tak juga.

sumber: www.facebook.com/rackfocusfilms
sumber: www.facebook.com/rackfocusfilms

“Sebenarnya banyak tentera Malaysia buat silap malam tu, kesilapan mereka hampir-hampir menyebabkan mereka mati dan orang Amerika kena perbetulkan kesilapan mereka.

“Macam Lost Platoon ini adalah satu kesilapan askar Amerika askar Malaysia yang buat malam itu dan orang Amerika ini harus selamatkan mereka (walaupun macam tu kita tetap akan buat jugak scene tu) ya tetap buat. Saya akan menceritakan tentang kesilapan anggota tentera Malaysia sebab merekapun banyak buat silap bukan Amerika sahaja yang buat silap.”

Bagaimanapun sehingga kini, Ahmad Yazid memaklumkan belum ada senarai pelakon yang sesuai untuk menjiwai setiap karekter di dalam filem dokumentari itu.

Sumber: Astro Awani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here