Official Trailer

Batman Versi Rusia Dalam Klip Filem Animasi SUPERMAN: RED SON

Views

Warner Bros. telah melancarkan klip terbaru filem animasi DC Superman: Red Son yang memaparkan karakter adiwira Batman versi Rusia, yang disuarakan oleh Roger Craig Smith. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah.

Berdasarkan komik popular DC berjudul sama karya Mark Millar, dan ia akan berkisarkan tentang bagaimana jika Kal-El terhempas di pedalaman Soviet Union, bukannya Kansas seperti siri komik asal.

Superman: Red Son diarahkan oleh Sam Liu (Justice League vs. The Fatal FiveReign of the Supermen) dan diterbitkan oleh Bruce Timm dan Sam Register. Anda boleh saksikan gambar pandangan pertama Superman: Red Son diatas.

Pelakon Jason Isaacs (Star Trek: Discovery) memainkan peranan utama sebagai Superman, Amy Acker (The Gifted) sebagai Lois Lane, Diedrich Bader (Batman: The Brave and the Bold) sebagai Lex Luthor, Vanessa Marshall (Star Wars Rebels) sebagai Wonder Woman, Phil Morris (Doom Patrol) sebagai James Olsen, Paul Williams (Goliath) sebagai Brainiac.

Selain itu juga, ianya turut disertai Sasha Roiz (Grimm) yang akan memainkan peranan sebagai Hal Jordan, Phil LaMarr (Supergirl) sebagai John Stewart, Roger Craig Smith (Batman Ninja) sebagai Batman, Jim Meskimen (Constantine: City of Demons) sebagai John F. Kennedy dan Travis Willingham (Batman: Bad Blood) sebagai Superior Man.

Superman: Red Son telah dilancarkan diplatform digital pada 25 Februari yang lalu dan versi DVD / Blu-ray pada 17 Mac.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks