Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman: Perbincangan Dengan Pengarah Matt Reeves Menemui Jalan Buntu

Matt Reeves dan Warner Bros. Hentikan Perbincangan

The Batman

Pembikinan filem DCEU Batman sekali lagi mengalami masalah apabila pengarah yang bakal menggantikan Ben Affleck, Matt Reeves dilaporkan gagal mencapai kata sepakat dengan pihak studio Warner Bros.

Menurut laporan Hollywood Reporter, perbincangan antara kedua-dua pihak telah dihentikan dan sebabnya tidak diketahui. Namun, khabar angin mengatakan Reeves telah menarik diri dari meneruskan perbincangan dengan pihak studio dan mungkin akan diteruskan kembali jika keadaan semakin reda.

Jika perbincangan antara kedua-dua pihak gagal, pihak studio telah mempunyai beberapa nama pengganti yang mungkin akan mengambil tempat yang ditinggalkan Ben Affleck. Antara nama-nama yang disenarai pendek buat masa ini ialah Ridley Scott dan Fede Alvarez.

Ben sebelum ini telah membuat keputusan mengejutkan apabila meninggalkan kerusi pengarah filem The Batman kerana mengalami beberapa masalah tetapi masih mengekalkan peranannya sebagai Bruce Wayne dan Batman. Dia kemudian dilaporkan memberi tugas menulis skrip sepenuhnya kepadaĀ Geoff Johns dan juga memberi hint untuk tidak meneruskan watak Batman.

Matt Reeves, pengarah filem War on Planet of the Ape

The BatmanĀ adalah filem solo superhero DC ketiga yang diumumkan DCEU selepas Man of Steel danĀ Wonder Women yang akan ditayangkan tahun ini. Namin disebabkan beberapa masalah, tarikh tayangan filem ini telah ditangguhkan dan kemungkinan besar filemĀ Aquaman akan ditayangkan terlebih dahulu.

Batman akan menentang Slade Wilson aka Deathstroke dalam filem solo The BatmanĀ akan datang dan membuat kemunculan dalam filemĀ Justice League yang akan ditayangkan pada 17 November ini.

 

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment