Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Batman Akan Muncul Dalam Filem Suicide Squad, Bagaimana Pula Dengan Superman?

suicide squad superman

Syarikat produksi Warner Bros dan DC Entertainment akhirnya mengembangkan filem-filem DC Cinematic Universe tayangan dua filem yang diadaptasikan dari komik DC iaitu Batman V Superman: Dawn of Justice arahan Zack Snyder dan filem Suicide Squad arahan David Ayer yang akan menemui penonton pada 2016 nanti.

Bagi yang tidak tahu, filem Suicide Squad ini berkait rapat dengan siri Justice League (kumpulan Superhero DC – Sama seperti Marvel Avengers); Batman telah disahkan akan muncul dalam filem antihero ini dan manaka khabar angin mengatakan Aquaman (ahli kumpulan Justice League) juga turut akan membuat penampilan dalam  filem ini.

https://instagram.com/p/3N8o6BCBBf/

Bagaimana pula dengan Superman yang merupakan ketua kepada Justice League? melalui temubual dengan laman web Metro, pelakon Henry Cavill yang membawa watak Superman mengesahkan bahawa beliau tidak akan muncul dalam filem Suicide Squad, tetapi tidak menolak untuk muncul dalam sequel filem tersebut.

Suicide-Squad-Official-Movie-Team-Promo-Photo

Bagaimana pun, nama Superman tetap disebut dalam filem Suicide Squad, anda boleh lihat trailer filem tersebut dimana Amanda Waller membuat spekulasi tentang kewujudan Superman yang mungkin menganggu kumpulan Suicide Squad nanti.

Tonton Trailer Suicide Squad

Disini kita boleh lihat bagaiman pihak produksi mengaitkan karakter-karakter komik DC dalam setiap filem Superhero yang mereka hasilkan. Bermula dari Man of Steel sehinggalah filem-filem DC akan datang dan kita akan menjangkakan filem karakter DC ini akan lebih meluas jalan penceritaannya sepertimana kita menonton filem-filem Marvel Universe.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment