Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Batgirl & Zatanna Akan Ke HBO Max


Tahun lalu, Presiden DC Films, Walter Hamada berkata filem superhero terbaru DC akan ditayangkan secara eksklusif di HBO Max. Antara filem terbaru yang dikatakan bakal ke HBO Max adalah “Batgirl” dan “Static Shock“.

Terbaru, semasa perbentangan hari pelabur yang dihoskan syarikat induk syarikat induk WarnerMedia, AT&T, telah disahkan bahawa perancangan DC Films/HBO Max ini akan bergerak maju sepenuhnya.

Dalam perbentangan itu, Warner Bros. telah mendedahkan grafik bergambar yang memaparkan senarai filem, siri televisyen, dan permainan video DC yang sedang dirancang oleh mereka. Antara judul yang dipaparkan termasuklah “Batgirl” dan “Zatanna“. Anda boleh lihat perancangan DC / Warner Bros. dibawah. 

Filem ‘standalone’ “Batgirl” telah lama dirancang Warner Bros., dan studio itu pada awalnya menyenaraikan Joss Whedon sebagai penulis dan pengarah pada 2017. Bagaimanapun, ia tergendala selepas Whedon berundur dari projek tersebut. Kini, projek “Batgirl” kembali aktif selepas Warner Bros, mengambil penulis “Birds of Prey” dan “Bumblebee“, Christina Hodson sebagai penulis skrip. 

Sementara itu, terdapat khabar angin mengenai perancangan Warner Bros. untuk menghasilkan filem live-action “Zatanna”. Khabar angin tersebut muncul selepas J.J. Abrams dilaporkan sedang membangunkan siri “Justice League Dark“, dan peminat beranggapan ahli sihir muda itu mungkin sebahagaian daripada barisan “Justice League Dark”. 


Kini, kita dapat pengesahan mengenai “Zatanna”, cuma tidak pasti sama ada HBO Max akan menghasilkan dalam bentuk filem ataupun siri TV. Apapun, ini bukan penampilan ‘live-action’ pertama Zatanna, Serinda Swan sebelum ini telah memainkan peranan ahli sihir itu dalam siri “Smallville“.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee