
Filem terbaru DC Batgirl kini sedang giat menjalani penggambaran di Scotland.
Menurut laporan The Hollywood Reporter, Batgirl menambah beberapa pelakon yang terdiri daripada Ethan Kai (London Kills), Corey Johnson (Hellboy) dan pemenang BAFTA Rebecca Front (The Thick of It). Mereka akan menyertai Leslie Grace dalam filem DC HBO Max yang akan datang.
Butiran lanjut tentang watak mereka masih lagi dirahsiakan, tetapi sesetengah peminat membuat spekulasi bahawa Kai mungkin memainkan watak Dick Grayson, memandangkan set foto terbaharu membayangkan kewujudan Boy Wonder dalam dunia filem DC.
FYI #Batgirl peeps, that Gotham City mural isn't just of Batman…Robin features in it too!
— craig williams (@glasgowmixtape) January 10, 2022
Does that mean we'll see Dick Grayson in the movie!?
📷 – Andrew Milligan/PA Wire@LeyendasMDC @DCverso2 @BatgirlFilm pic.twitter.com/D7OxPI8Nw2
Batgirl akan berpusat pada watak Barbara Gordon, anak perempuan kepada pesuruhjaya polis Gotham City, James Gordon. Watak ini pertama kali dilihat dalam siri Batman pada tahun 1967 dengan mendiang Yvonne Craig memainkan watak itu. Penampilan pertama Batgirl dalam buku komik adalah menerusi Detective Comics #357 karya penulis Gardner Fox dan artis Carmine Infantino.
Filem aksi langsung ini juga akan menampilkan kepulangan pemenang Oscar J.K. Simmons (Zack Snyder’s Justice League) dan Michael Keaton (The Flash), yang bersedia untuk memainkan semula peranan masing-masing sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Bruce Wayne/Batman. Menyertai mereka ialah Jacob Scipio (Bad Boys for Life), dan Brendan Fraser (trilogi The Mummy) dalam peranan keduanya dengan DC Universe sebagai penjahat Firefly.
Pengarah Bad Boy for Life, Adil El Arbi dan Bilall Fallah akan mengarahkan filem terbaru DC ini berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Christina Hodson (Bumblebee, Birds of Prey, The Flash). Batgirl akan ditayangkan secara eksklusif di HBO Max.