Berita

Baru Seminggu Ditayangkan, Warner Bros. Tukar Tajuk Filem BIRDS OF PREY Ke Lebih Pendek

Views

Sambutan domestik Amerika Syarikat yang agak 'sendu' telah memaksa Warner Bros. untuk menukar tajuk filem Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn’s ke tajuk lebih pendek iaitu Harley Quinn: Birds of Prey. 

Pihak studio telah meminta beberapa pawagam utama di sana seperti AMC, Cinemark dan Regal untuk menukar ke tajuk baharu, dengan harapan dapat menarik lebih banyak penonton yang lebih mengenali Margot Robbie sebagai Harley Quinn. Setakat ini, tiada perubahan tajuk untuk pasaran tempatan.

Birds of Prey hanya mampu meraih $33.2 juta dolar pada minggu pertama tayangan, jauh lebih rendah dari yang disasarkan iaitu diantara $45-$55 juta dolar. Pembukaan yang perlahan itu dikhuatiri akan memberi kesan pada pulangan filem Birds of Prey yang bakal bersaing dengan beberapa filem besar seperti Sonic the Hedgehog pada minggu kedua tayangan.

Bagaimanapun, pasaran antarabangsa banyak membantu dengan kutipan sebanyak $48 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $81.2 juta dolar seluruh dunia. Filem terbaru Warner Bros. / DC ini dihasilkan dengan modal pembikinan diantara $82-100 juta dolar.

Birds of Prey dibintangi Margot Robbie yang meneruskan wataknya sebagai Harley Quinn, Mary Elizabeth Winstead memainkan peranan sebagai Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Selepas berpisah dengan Joker, Harley Quinn mula mengumpul ahli-ahlinya yang terdiri daripada Black Canary, Huntress dan Renee Montoya dalam usaha mereka untuk melindungi seorang gadis, Cassandra Cain yang diburu penjenayah yang menakutkan dikenali sebagai Black Mask.

Birds of Prey kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks