Baru seminggu ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, filem Pulang arahan Kabir Bhatia telah berjaya meraih RM 1 juta. Bagaimanapun, filem tersebut perlu mencari sekurang-kurangnya 5 juta Ringgit bagi mengelakkan kerugian.
Filem terbitan Drama Primeworks Studio itu dihasilkan dengan modal RM6 juta dengan kos untuk menghasilkan kesan visual CGI mencecah 2 juta Ringgit Malaysia.
Diadaptasikan dari kisah benar, Pulang mengisahkan tentang kedukaan seorang lelaki berasal dari Serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka) iaitu Othman yang berlayar ke serata dunia. Othman (lakonan Remy Ishak) ingin mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan dan terpaksa meninggakan isteri Che Thom (Puteri Aishah) dan anaknya, Omar (Azrel Ismail).
Ianya dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Darson, Datuk Jalaluddin Hassan dan Juliana Evans.
Bagi yang belum menonton filem Pulang, anda disarankan untuk menontonnya dipawagam sebelum terlambat.