Walaupun baru ditayangkan kurang dua minggu dipasaran antarabangsa, filem ketiga Thor dan ke-17 Marvel telah mencatatkan kutipan yang cukup luar biasa apabila berjaya mengaut $427 juta dolar seluruh dunia. Untuk pasaran domestik, filem Thor: Ragnarok berjaya mengaut $121 juta dollar menjadikan filem keempat paling laris untuk minggu pertama tahun ini dibelakang filem Beauty and the Beast ($174.8 juta), Guardians of the Galaxy Vol. 2 ($146.5 juta), dan It ($ 123 Juta).
Untuk pasaran antarabangsa, Thor: Ragnarok berjaya mengaut sejumlah $306 juta dolar (termasuk tayangan minggu pertama iaitu sebanyak ($151 juta dollar). China menjadi negara penyumbang terbesar filem terbaru Marvel ini iaitu sebanyak $55 juta dolar diikuti beberapa negara lain seperti UK ($27.2 juta ); Korea ($25.8juta); Brazil ($19.3 juta); Australia ($15.5 juta); France ($14.9 juta); Mexico ($10.8 juta); Indonesia ($9.5 juta); Germany ($8.9 juta); Italy ($8.1 juta); Taiwan ($8.0 juta); Spain ($7.1 juta); dan Philippines ($6.8 juta).
Manakala Malaysia telah menyumbang sebanyak $3.5 juta dolar sejak ia ditayangkan 26 Oktober yang lalu.
Kutipan terkini filem Thor: Ragnarok ini telah menyumbang kepada jumlah kutipan tiket filem-filem Marvel Cinematic Universe sebanyak $13.085 billion dan dijangka akan terus meningkat dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Thor: Ragnarok diarahkan oleh pengarah Taika Waititi serta dibintangi oleh Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, dan Anthony Hopkins. Saksikan filem ketiga Thor ini dipawagam-pawagam berdekatan anda.