Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Barry Keoghan Sertai Barisan Pelakon THE BATMAN

Pelakon The Eternals, Barry Keoghan dilaporkan menyertai barisan pelakon The Batman arahan Matt Reeves. Dia akan memainkan peranan sebagai Officier Stanley Merkel, raakan sekerja Commissioner James Gordon. 

Merkel pertama kali diperkenalkan dalam komik Batman #405 pada tahun 1987, dan watak itu dibunuh Sofia Falcone dalam Batman: Dark Victory.

Keoghan dikenali menerusi lakonannya dalam filem Dunkrik arahan Christopher Nolan dan The Killing of a Sacred Deer lakonan Yorgos Lanthimos.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan menemui penonton pada 1 Oktober 2021.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment