Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

BARBIE: Pandangan Pertama John Cena Sebagai Mermaid Ken


Margot Robbie dan Ryan Gosling akan memainkan watak utama Barbie sebagai Barbie dan Ken, tetapi kita juga bakal meluangkan masa dengan beberapa versi mainan ikonik Mattel dalam filem akan datang. 

Salah satu ‘patung’ yang paling menarik perhatian penonton nanti adalah ‘patung’ yang dilakonkan oleh bekas bintang WWE dan The Suicide Squad, John Cena. 

Dalam salah satu video belakang tabir yang panjang (telah dipadam di Youtube kerana melanggar hakcipta), pandangan pertama watak John Cena dalam filem akan datang, Mermaid Ken, telah didedahkan, dan kita kini berpeluang melihat gambar pertamanya. 

Dalam video itu, Cena dipamerkan dalam cara yang jauh berbeza daripada yang biasa kita lihat. Dia juga tanpa segan silu menyatakan keterujaannya dengan peranan itu. 

“Saya terpesona dengan konsep itu. Saya fikir ia akan menjadi filem yang semua penonton nikmati. Saya fikir ia akan menjadi filem yang membangkitkan perbualan. Dan saya fikir ia akan menjadi menarik secara visual.”


Anda boleh lihat gambar pertamanya sebagai Mermaid Ken dibawah:

Berdasarkan patung popular Mattel, filem live-action Barbie akan diterajui oleh calon Oscar, Margot Robbie (I, Tonya, The Suicide Squad), yang juga berperanan sebagai penerbit melalui syarikat produksinya, LuckyChap.

Filem ini diarahkan Greta Gerwing dari lakon layar yang ditulisnya bersama Noah Baumbach. 

Menyertai Robbie ialah Ryan Gosling (La La Land) sebagai Ken, America Ferrera (Ugly Betty), Simu Liu (Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings), Kate McKinnon (Saturday Night Live), Ariana Greenblatt (Love and Monsters), Alexandra Shipp (tick, tick…BOOM!), Emma Mackey (Sex Education), calon Emmy Issa Rae (Insecure) dan Michael Cera (Scott Pilgrim vs. the World), dan Will Ferrell sebagai CEO sebuah syarikat mainan.

Barbie akan ditayangkan pada 20 Julai ini. 


Related posts

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Barbie (2023)

Kakimuvee

Barbie & Oppenheimer Terus Dominasi Box Office Global

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Filem Barbie Diharamkan Di Vietnam

Kakimuvee