Ketika berada di New York Comic-Con, studio Lionsgate telah melancarkan banner eksklusif filem tersebut yang memaparkan beberapa gambaran pertama karakter dari filem tersebut.
Antara karakter yang dipaparkan dalam banner tersebut adalah Blood Queen yang dilakonkan oleh Milla Jovovich dan Professor Broom lakonan Ian McShane yang merupakan ayah angkat kepada Hellboy. Anda boleh lihat gambar banner tersebut dibawah.
Hellboy merupakan filem superhero yang diadaptasikan dari komik Hellboy karya Mike Mignola. Dua filem terdahulu diarahkan oleh pengarah Guillermo del Toro iaitu Hellboy (2004) dan Hellboy: The Golden Army yang diterbitkan 2008.
Filem ini menyaksikn David Harbour akan melakonkan watak Hellboy dan dia turut dibantu beberapa pelakon lain seperti Daniel Dae Kim, Penelope Mitchell, Ian McShane, Sophie Okonedo dan Milla Jovovich yang akan membawakan watak villain Blood Queen dalam filem akan datang.
Hellboy akan ditayangkan pada 12 April 2019