Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

BALLERINA: Ana De Armas Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Spin Off John Wick


Bintang No Time to Die, Ana de Armas dilaporkan sedang dalam rundingan untuk memainkan watak utama dalam spin off John Wick bertajuk Ballerina, lapor Deadline.

Jika pelakon itu menerima tawaran, dia akan memainkan watak “pembunuh wanita muda yang membalas dendam terhadap orang yang membunuh keluarganya.” Karakter itu telah membuat cameo ringkas dalam John Wick: Chapter 3: Parabellum, tetapi ia dilakonkan oleh ballerina sebenar, Unity Phelan. 

Pengarah Total Recall, Len Wiseman akan mengarahkan filem akan datang, manakala Shay Hatten (Army of the Dead) akan menulis skrip. Menurut sumber, Keanu Reeves dan Anjelica Huston akan membuat cameo, tetapi pekara itu masih belum disahkan. 

Selepas lakonannya dalam Knives Out berjaya mencuri perhatian penonton, De Armas mula mencipta nama dalam dunia filem aksi. Dia baru-baru ini telah muncul dalam filem terbaru James Bond, No Time to Die sebagai Paloma, dan baru-baru ini telah selesai menjalani penggambaran untuk filem terbaru Netflix, The Gray Man arahan Russo Brothers. 

Filem keempat John Wick akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan John Wick menjadi salah satu francais terbesar Lionsgate. Pihak studio kini mengembangkan lagi dunia John Wick dengan siri TV The Continental dan merancang filem spin off seperti Ballerina. 



Related posts

BALLERINA: Pengarah Kongsikan Kemaskini Spin-Off John Wick Lakonan Ana de Armas

Kakimuvee

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

Ice Cube Sertai Dave Bautista Dalam Filem Aksi Komedi ‘The Killer’s Game’

Kakimuvee

[TRAILER] Lizzy Caplan & Antony Starr Bintangi Filem Seram ‘Cobweb’

Kakimuvee

Peacock Dedah Gambar Terbaru Siri Prekuel John Wick ‘The Continental’

Kakimuvee