Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Baki Kontrak Pelakon-Pelakon Utama MCU

Untuk memastikan perjalanan filem bersiri seperti Avengers, X-Men, Sherlock Holmes, DCEU, berjalan dengan lancar tiada masalah pertukaran pelakon pada sekuel setiap filem, studio produksi akan memberikan kontrak yang panjang untuk setiap pelakon utama mereka. Mereka dikehandaki untuk berlakon dalam beberapa filem seperti yang tertulis dalam kontrak tersebut.

Marvel menerusi filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) merupakan studio yang paling lama mengikat kontrak dengan pelakon-pelakon utama mereka. Malah ada beberapa pelakon yang telah berlakon dalam filem bersiri tersebut lebih dari 6 kali.

Tetapi, setiap kontrak pasti ada penamatnya, jadi disini kami senaraikan pelakon-pelakon utama dalam dunia MCU yang mana mereka hanya tinggal beberapa buah filem sahaja lagi sebelum kontrak mereka ditamatkan ditamatkan;

Robert Downey Jr. / Tony Stark / Iron Man (3 Buah filem)

Filem sebelum ini: Iron Man, The Incredible Hulk (cameo), The Consultant (short), Iron Man 2, The Avengers, Iron Man 3, Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War

Filem akan datang: Spider-Man: Homecoming, Avengers: Infinity War dan untitled Avengers 4

Pelakon dan karakter pertama Marvel menerusi filem Iron Man. Pelakon ini menyuarakan hasrat untuk bersara dari berlakon dalam filem Marvel. Tetapi dia merupakan watak penting dalam Avengers dan MCU, adakah Marvel Studio akan renegotiate dengan beliau untuk menyambung kontraknya dalam filem-filem Marvel akan datang?

Chris Evans / Steve Rogers / Captain America (2 Filem)

Filem sebelum ini: Captain America: The First Avenger, The Avengers, Captain America: The Winter Soldier, Thor: The Dark World (cameo), Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War

Filem akan datang: Avengers: Infinity War dan untitled Avengers 4

Chris Evans dikatakan berminat dalam dunia pengarahan, walaupun kontraknya masih berbaki 2 filem, dia tidak kisah samada Marvel mahu meneruskan khidmatnya atau tidak.

Chris Hemsworth / Thor (3 Filem)

Filem sebelum ini: Thor, The Avengers, Thor: The Dark World, Avengers: Age Of Ultron

Filem akan datang: Avengers: Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War and the as-yet-untitled Avengers 4

Walaupun tidak muncul dalam filem Captain America: Civil War, beliau juga merupakan anggota penting Avengers. Antara pelakon yang dikhabarkan akan menyambung kontrak dengan Marvel Studio

Mark Ruffalo / Bruce Banner / Hulk (3 Filem)

Filem sebelum ini: he Avengers, Iron Man 3 (cameo), Avengers: Age Of Ultron

Filem akan datang: Avengers: Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War and the as-yet-untitled Avengers 4

Satu-satunya pelakon utama Marvel yang masih tidak mendapat filem Solo. Berita mengenai sambungan kontrak dengan pihak studio Marvel masih samar-samar.

Scarlett Johansson / Natasha Romanoff / Black Widow (1 filem)

Filem Sebelum ini: Iron Man 2, The Avengers, Captain America: The Winter Soldier, Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War

Filem Akan Datang: Avengers: Infinity War

Scarlett Johansson merahsiakan baki kontraknya bersama Marvel apabila ditanya oleh laman web Collider. Mungkin dia akan terus bersama Marvel dalam filem-filem Fasa 4 Marvel dan akan dapat filem solonya sendiri?

Jeremy Renner / Clint Barton / Hawkeye (1 filem)

Filem Sebelum ini: Thor (cameo), The Avengers, Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War

Filem Akan Datang: Avengers: Infinity War

Jeremy Renner memberitahu yang dia mempunyai 1 filem solo dalam kontraknya. Namun sehingga kini tiada berita dari Marvel Studio mengenai filem Hawkeye. Jika apa yang diberitahu oleh Jeremy Renner itu benar, ia berita baik untuk peminat Marvel yang mahu melihat filem solo Hawkeye

Elizabeth Olsen / Wanda Maximoff / Scarlet Witch (1 filem)

Filem Sebelum ini: Captain America: The Winter Soldier (cameo), Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War

Filem Akan Datang: Avengers: Infinity War

Tiada info mengenai masa depan pelakon ini dalam filem – filem MCU akan datang. Cuma yang pasti dia disahkan akan muncul dalam filem Avengers: Infinity War

Paul Bettany / J.A.R.V.I.S / Vision (1 filem)

Filem Sebelum ini: As J.A.R.V.I.S.: Iron Man, Iron Man 2, The Avengers, Iron Man 3, Avengers: Age Of Ulton. As The Vision: Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War

Filem Akan Datang: Avengers: Infinity War

Siapa sangka Paul Bettany telah lama berlakon dalam filem-filem MCU sebelum akhirnya muncul dalam filem Age of Ultron. Dia telah membawa watak J.A.R.V.I.S sebelum bertukar karakter menjadi Vision. Agak lama dia bersabar sebelum dapat muncul dalam filem.

Paul Rudd / Scott Lang / Ant-Man (1 filem)

Filem Sebelum ini: Ant-Man, Captain America: Civil War

Filem Akan Datang: Ant-Man And The Wasp

Walaupun masih berbaki 1 filem iaitu Ant-Man and The Wasp, Paul mungkin akan terus bersama-sama Marvel untuk filem akan datang. Cuma, adakah dia akan turut berlakon dalam filem Avengers: Infinity War?

Evangeline Lilly / Hope Van Dyne / Wasp

Filem Sebelum ini: Ant-Man, 

Filem Akan Datang: Ant-Man And The Wasp

Chadwick Boseman / T’Challa / Black Panther (1 Filem)

Filem Sebelum ini: Captain America: Civil War

Filem Akan Datang: Black Panther

Chadwick mengatakan dia sebenarnya menandatangani kontrak untuk 5 buah filem, 2 telah diketahui, lagi tiga filem masih menjadi rahsia. Adakah salah satu filem Avengers: Infinity War? kerana menurut komik Inifnity War, salah seorang anggota Black Order akan turun ke negaranya.

Tom Holland / Peter Parker / Spider-Man (2 filem)

Filem Sebelum ini: Captain America: Civil War

Filem Akan Datang: Spider-Man: Homecoming, Avengers: Infinity War

Hasil kerjasama diantara Sony Entertainment dan Marvel Studio. Dijangka, Tom Holland akan meneruskan kontraknya bersama Marvel dan Sony untuk penampilan dalam filem-filem Marvel akan datang.

Benedict Cumberbatch / Doctor Strange

Filem Sebelum ini: Doctor Strange

Filem Akan Datang: Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War

Doctor Strange mula menjadi anggota penting selepas filemnya ditayangkan. Kami jangkakan dia akan terus berada dalam MCU Fasa 4 nanti.

Chris Pratt / Peter Quill / Star-Lord

Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy       

Filem Akan Datang: Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Dengan pengumuman terbaru dari James Gunn, Chris Pratt akan setia bersama Marvel untuk 3 lagi filem Marvel akan datang.

Zoe Saldana / Gamora

Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy       

Filem Akan Datang: Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Sebagai anggota Guardians of the Galaxy, Zoe juga seperti Chris Pratt akan terus bersama Marvel untuk 3 lagi filem.

Dave Bautista / Drax

Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy       

Filem Akan Datang: Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Bekas ahli gusti ini juga akan menyertai Pratt dan Zoe untuk 3 lagi filem Marvel walaupun sebelum ini tidak mendedahkan begitu details mengenai kontraknya bersama Marvel.

Bradley Cooper / Suara Rocket

Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy       

Filem Akan Datang: Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Semasa Studio Marvel melakukan casting untuk suara Rocket Raccon, pelbagai aktor telah datang untuk menjalani ujibakat. Suara Rocket memerlukan individu yang pandai membuat komedi, dan akhirnya Bradley Cooper telah terpilih dari kalangan pelakon-pelakon yang datang untuk diuji bakat. Bradley akan terus bersama Marvel sehingga Guardians of the Galaxy Vol. 3

Sean Gunn / Badan Rocket / Kraglin

Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy       

Filem Akan Datang: Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Bukan pelakon terkenal dan adik kepada pengarah James Gunn, tapi dia juga penting dalam filem Marvel kerana dia merupakan “badan” kepada karakter Rocket dan dia juga membawa watak Kraglin, ahli kumpulan Ravanger

Vin Diesel / Suara Groot

Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy       

Filem Akan Datang: Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Pelakon paling “senang buat duit” hanya menyebut perkataan “groot” sepanjang filem. Akan terus bersama Marvel untuk 3 buah filem lagi.

Tim Hiddleston / Loki

Filem Sebelum ini: Thor, The Avengers, Thor: The Dark World

Filem Akan Datang: Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War

Antara villian paling lama dalam filem-filem MCU. Tom Hiddleston akan kekal sehingga filem Avengers: Infinity War

 Sumber: www.denofgeek.com

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment