Untuk memastikan perjalanan filem bersiri seperti Avengers, X-Men, Sherlock Holmes, DCEU, berjalan dengan lancar tiada masalah pertukaran pelakon pada sekuel setiap filem, studio produksi akan memberikan kontrak yang panjang untuk setiap pelakon utama mereka. Mereka dikehandaki untuk berlakon dalam beberapa filem seperti yang tertulis dalam kontrak tersebut.
Marvel menerusi filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) merupakan studio yang paling lama mengikat kontrak dengan pelakon-pelakon utama mereka. Malah ada beberapa pelakon yang telah berlakon dalam filem bersiri tersebut lebih dari 6 kali.
Tetapi, setiap kontrak yang diberikan pasti ada penamatnya, jadi disini kami senaraikan pelakon-pelakon utama dalam dunia MCU yang mana mereka hanya tinggal beberapa buah filem sahaja lagi sebelum kontrak mereka ditamatkan ditamatkan;
Robert Downey Jr. / Tony Stark / Iron Man (1 filem)
Filem sebelum ini: Iron Man, The Incredible Hulk (cameo), The Consultant (short), Iron Man 2, The Avengers, Iron Man 3, Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War, Spider-Man: Homecoming, Avengers: Infinity War
Filem akan datang: Untitled Avengers 4
Pelakon dan karakter pertama Marvel menerusi filem Iron Man. Pelakon yang paling banyak membuat kemunculan dalam filem-filem Marvel. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Robert Downey Jr. akan meneruskan watak Tony Stark / Iron Man dalam filem-filem Marvel fasa 4.
Chris Evans / Steve Rogers / Captain America (1 Filem)
Filem sebelum ini: Captain America: The First Avenger, The Avengers, Captain America: The Winter Soldier, Thor: The Dark World (cameo), Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War
Filem akan datang: untitled Avengers 4
Karakter Captain America dijangkakan akan ditamatkan selepas filem Avengers 4. Ini disebabkan Chris Evans dikatakan berminat dalam dunia pengarahan dan tidak mahu meneruskan karakternya dalam dunia sinematik Marvel.
Chris Hemsworth / Thor (1 Filem)
Filem sebelum ini: Thor, The Avengers, Thor: The Dark World, Avengers: Age Of Ultron, Avengers: Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War
Filem akan datang: Untitled Avengers 4
Walaupun tidak muncul dalam filem Captain America: Civil War, beliau juga merupakan anggota penting Avengers. Antara pelakon yang dikhabarkan akan menyambung kontrak dengan Marvel Studio dan meneruskan wataknya sebagai Thor.
Mark Ruffalo / Bruce Banner / Hulk (1 Filem)
Filem sebelum ini: The Avengers, Iron Man 3 (cameo), Avengers: Age Of Ultron, Avengers: Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War
Filem akan datang: Untitled Avengers 4
Satu-satunya pelakon utama Marvel yang masih tidak mendapat filem Solo. Berita mengenai sambungan kontrak dengan pihak studio Marvel masih samar-samar.
Scarlett Johansson / Natasha Romanoff / Black Widow (2 filem)
Filem Sebelum ini: Iron Man 2, The Avengers, Captain America: The Winter Soldier, Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Black Widow
Scarlett Johansson bakal meneruskan kontraknya selepas filem Avengers 4. Marvel Studios telah mengesahkan filem solo Black Widow akan dihasikan.
Jeremy Renner / Clint Barton / Hawkeye (1 filem)
Filem Sebelum ini: Thor, The Avengers, Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4
Jeremy Renner memberitahu yang dia mempunyai 1 filem solo dalam kontraknya. Namun sehingga kini tiada berita dari Marvel Studio mengenai filem Hawkeye. Jika apa yang diberitahu oleh Jeremy Renner itu benar, ia berita baik untuk peminat Marvel yang mahu menyaksikan Hawkeye mendapat filem solonya sendiri.
Elizabeth Olsen / Wanda Maximoff / Scarlet Witch (1 filem)
Filem Sebelum ini: Captain America: The Winter Soldier (cameo), Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4
Tiada info mengenai masa depan pelakon ini dalam filem – filem MCU fasa 4 akan datang. Elizabeth Olsen akan muncul dalam filem Untitled Avengers 4
Paul Bettany / J.A.R.V.I.S / Vision (1 filem)
Filem Sebelum ini: As J.A.R.V.I.S.: Iron Man, Iron Man 2, The Avengers, Iron Man 3, Avengers: Age Of Ulton. As The Vision: Avengers: Age Of Ultron, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4
Siapa sangka Paul Bettany telah lama berlakon dalam filem-filem MCU sebelum akhirnya muncul dalam filem Age of Ultron. Dia telah membawa watak J.A.R.V.I.S sebelum bertukar karakter menjadi Vision. Agak lama dia bersabar sebelum dapat muncul dalam filem.
Paul Rudd / Scott Lang / Ant-Man (1 filem)
Filem Sebelum ini: Ant-Man, Captain America: Civil War, Ant-Man And The Wasp
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4
Karakter Paul Rudd, iaitu Ant-Man antara adiwira yang tidak terlibat dengan pertarungan adiwira bumi dengan tentera Thanos. Paul Rudd akan muncul dalam filem Untitled Avengers 4 dan dijangka akan terus bersama Marvel dalam fasa 4 Marvel.
Evangeline Lilly / Hope Van Dyne / Wasp
Filem Sebelum ini: Ant-Man, Ant-Man And The Wasp
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4
Seperti Paul Rudd, Evangeline Lilly juga tidak muncul dalam Avengers: Infinity War. Kontraknya bersama Marvel Studios dijangka akan jika filem ketiga Ant-Man termasuk dalam senarai filem-filem Marvel Fasa 4.
Chadwick Boseman / T’Challa / Black Panther (2 Filem)
Filem Sebelum ini: Captain America: Civil War, Black Panther, Avengers: Infinity War
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Black Panther 2
Chadwick mengatakan dia sebenarnya menandatangani kontrak untuk 5 buah filem, dia sudah membuat 3 kemunculannya dalam filem-filem Marvel dan akan muncul dalam filem Avengers 4 dan juga Black Panther 2.
Tom Holland / Peter Parker / Spider-Man (2 filem)
Filem Sebelum ini: Captain America: Civil War, Spider-Man: Homecoming, Avengers: Infinity War
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Spider-Man: Far From Home.
Hasil kerjasama diantara Sony Entertainment dan Marvel Studio. Dijangka, Tom Holland akan meneruskan kontraknya bersama Marvel dan Sony untuk penampilan dalam 2 filem Marvel akan datang.
Benedict Cumberbatch / Doctor Strange (2 filem)
Filem Sebelum ini: Doctor Strange, Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Doctor Strange 2
Doctor Strange mula menjadi anggota penting selepas filemnya ditayangkan dan bakal muncul dalam filem Avengers 4 dan juga sekuel Doctor Strange yang telah disahkan oleh presiden Marvel Studios, Kevin Fiege.
Chris Pratt / Peter Quill / Star-Lord
Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy, Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War,
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Guardians Of The Galaxy Vol. 3
Chris Pratt akan terus bersama Marvel untuk 2 lagi filem Marvel akan datang. Bagaimanapun, selepas Guardinas of the Galaxy Vol. 3, tidak dipastikan sama ada kontraknya akan diteruskan ataupun tidak.
Zoe Saldana / Gamora
Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy , Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War,
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Guardians Of The Galaxy Vol. 3
Sebagai anggota Guardians of the Galaxy, Zoe juga seperti Chris Pratt akan terus bersama Marvel untuk 2 lagi filem.
Dave Bautista / Drax
Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy, Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War,
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Guardians Of The Galaxy Vol. 3
Bekas ahli gusti ini juga akan menyertai Pratt dan Zoe untuk 2 lagi filem Marvel. Walaubagaimanapun, Dave Bautista dilihat seperti berkontrontasi dengan pihak Disney, pemilik Marvel Studios selepas pemecatan James Gunn.
Bradley Cooper / Suara Rocket
Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy, Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War,
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Guardians Of The Galaxy Vol. 3
Semasa Studio Marvel melakukan casting untuk suara Rocket Raccon, pelbagai aktor telah datang untuk menjalani ujibakat. Suara Rocket memerlukan individu yang pandai membuat komedi, dan akhirnya Bradley Cooper telah terpilih dari kalangan pelakon-pelakon yang datang untuk diuji bakat. Bradley akan terus bersama Marvel sehingga Guardians of the Galaxy Vol. 3
Vin Diesel / Suara Groot
Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy , Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War,
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Guardians Of The Galaxy Vol. 3
Pelakon paling “senang buat duit” hanya menyebut perkataan “groot” sepanjang filem. Akan terus bersama Marvel untuk 2 buah filem lagi.
Karen Gillan / Nebula
Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy , Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War,
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4
Walaupun selepas menjadi sekutu Guardians of the Galaxy, tidak dipastikan sama ada Karen Gillan akan terus bersama mereka dalam filem ketiga Guardians of the Galaxy Vol. 3
Pom Klementieff / Mantis
Filem Sebelum ini: Guardians Of The Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War,
Filem Akan Datang: Untitled Avengers 4, Guardians of the Galaxy Vol. 3
Pom Klementieff dijangka akan terus bersama Marvel sehingga filem ketiga Guardians of the Galaxy dan watak Mantis akan terus dikembangkan dalam filem tersebut. Tetapi buat masa ini tidak diketahui sama ada Klementieff akan terus bersama Marvel selepas Guardians of the Galaxy Vol. 3.
Samuel L. Jackson / Nick Fury
Filem Sebelum ini: Iron Man, Iron Man 2, Thor, Captain America: The First Avenger, The Avengers, Agents of S.H.I.E.L.D., Captain America: The Winter Soldier, Avengers: Age of Ultron dan Avengers: Infinity War
Filem Akan Datang: Captain Marvel, Spider-Man: Far From Home
Setakat ini tidak diketahui sama ada Samuel L. Jackson akan membuat kemunculan dalam filem Avengers 4 ataupun tidak. Bagaimanapun, pelakon terkenal ini masih berbaki dua filem bersama Marvel iaitu Captain Marvel dan Spider-Man: Far From Home.