Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Bakat Lebih Penting Dari Rupa Dan Jumlah Pengikut Di Media Sosial – Nabila Huda

Kecenderungan pihak penerbit dan stesen televisyen yang lebih memilih untuk mengambil pelakon berdasarkan rupa dan jumlah pengikut di laman sosial telah mendapat kritikan beberapa pelakon senior tanah air yang bimbang dengan trend yang sedang berlaku sekarang. Malah Nabila Huda turut berkongsi pendapatnya mengenai kecendurangan pihak penerbit dan stesen televisyen yang tidak meletakan bakat sebagai keutamaan dalam memilih pelakon.

Menurut aktres berkenaan, beliau tidak iri hati dengan rezeki pelakon-pelakon baru yang terus mendapat peranan utama dalam drama mahu pun filem, sebaliknya bimbang dengan impak yang ditinggalkan memberikan kesan kepada semua pihak.


Berkata pada Utusan Online, Nabila Huda menasihati pelakon baru agar bersedia sebelum menerima apa-apa tawaran berlakon.

“Sebagai orang yang sudah berpengalaman, nasihat saya adalah agar mereka bersedia sebelum menerima apa-apa tawaran. Jika tak mampu untuk menghayati watak, bagaimana pula untuk menghidupkan sesebuah naskhah? Sebab itu kena ada ilmu lakonan terlebih dahulu,” – Nabila Huda

Menurut bintang filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini, tidak mudah untuk bergelar seorang pelakon yang hebat sekiranya mereka sering tidak mengambil endah mengenai soal kualiti yang mana ia sepatutnya menjadi keutamaan.

Dalam pada itu, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi berlakon dengan pelakon baru yang diberikan peranan utama namun tidak mampu galas watak tersebut.

“Ada kala pelakon lama hadir ke set dengan semangat berkobar-kobar untuk memberikan yang terbaik, tetapi pelakon baru yang diberikan peranan besar ini tidak pula beri impak malah menjadi set sebagai tempat belajar pula.” 

Atas sebab trend terbaru yang lebih mengutamakan rupa wajah dan jumlah pengikut seseorang pelakon berbanding mutu lakonan mereka, ini telah membuatkan industri lakonan masih lagi masih jauh kebelakang.

Nabila bakal muncul dengan sebuah filem terbaru berjudul Makrifat Cinta arahan Kamal G. Dalam filem tersebut, Nabila akan bergandingan dengan pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali.

Makrifat Cinta akan menemui penonton di seluruh Malaysia bermula 1 Februari ini.

Sumber: Cinema Online, Utusan Online

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Leave a Comment