BeritaSlot Tempatan

BAKARA Paparkan Sisi Tentera Malaysia Dalam Insiden Black Hawk Down?

Black Hawk Down Dari Sisi Tentera Malaysia

Views

Beberapa hari yang lalu, kami terperasan dengan beberapa perkongsian dari Instagram Hairul Azreen yang memaparkan pelakon tersebut bersama pengarah Adrian Teh sedang melakukan lawatan tapak di luar negara untuk filem aksi terbaru mereka.

Hari ini, kami menerima sekeping imej yang memberitahu sidang media pelancaran filem berjudul BAKARA yang akan berlangsung di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani 17 Januari ini.

Berdasarkan beberapa butiran dari sumber tidak rasmi, gambar sidang media yang tertera syarikat produksi Act 2 Pictures serta gambar-gambar yang dikongsikan pelakon Hairul Azreen, berkemungkinan besar pengarah Adrian Teh bakal menghasilkan sebuah filem aksi yang diinspirasikan dari insiden pertempuran yang berlaku di Mogadishu, Somalia pada Oktober 1993.

Bakara difahamkan adalah 'Black Hawk Down' versi Malaysia dimana ia memaparkan sisi tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Setakat ini butiran rasmi Bakara masih lagi tidak diketahui, tetapi jika melihat syarikat produksi Act 2 Pictures, peminat boleh menjangkakan bahawa Bakara bakal diarahkan Adrian Teh, dan pelakon kegemaran pengarah tersebut, Hairul Azreen akan menjadi salah seorang pelakon utama dalam filem akan datang.

Apapun kita nantikan sidang media yang akan berlangsung pada minggu hadapan untuk mendapatkan info rasmi.

 

View this post on Instagram

 

Apa tajuk action film yang akan @adrianteh19 shoot di sini nanti? Production @act2pictures

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks