Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bakal Pengarah Call of Duty Mahu Bekerjasama Dengan Tom Hardy Dan Chris Pine


Pengarah Stefano Sollima baru-baru ini mendedahkan kepada media bahawa beliau sangat mengagumi hasil kerja yang ditunjukkan aktor Tom Hardy dan Chris Pine serta menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan kedua-dua pelakon tersebut jika diberi peluang.

Sollima kini dikaitkan dengan pembikinan sebuah filem adaptasi dari permainan video yang berjudul Call of Duty, sebuah pemainan video ‘First Person Shooter” yang sangat popular dikalangan ‘gamers’. Meskipun filem tersebut masih dalam perancangan dan lakonlayarnya kini sedang ditulis oleh Kieran Fitzgerald, Sollima dikatakan calon pilihan yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai pengarah filem aksi tersebut.

Ketika bersoal jawab dengan media Metro UKpengarah berkenaan mendedahkan yang beliau merupakan peminat tegar aktor Tom Hardy dan Chris Pine. Kenyataannya itu seolah-olah memberi petunjuk bahawa kedua-dua pelakon tersebut bakal dilamar pengarah berkenaan sekiranya beliau sah mengarahkan filem Call of Duty.

Tom Hardy dan Chris Pine pernah bekerjasama dalam filem This Means War, yang merupakan sebuah filem romantik komedi, namun kedua-dua pelakon tersebut sudah mencipta nama dalam filem-filem bergenre aksi seperti Mad Max yang dibintangi oleh Tom Hardy dan Hell or High Water yang dibintangi oleh Chris Pine. Agak menarik jika dapat melihat kedua-dua pelakon ini bergabung kembali dalam sebuah filem aksi seperti Call of Duty, ia mungkin dapat memberi impak yang besar kepada filem tersebut.

Jadi kepada peminat permainan video Call of Duty, mahukah anda melihat kedua-dua pelakon ini bergabung dalam filem ini?



Related posts

VENOM 3: Penggambaran Akan Bermula Tidak Lama Lagi, Tarikh Tayangan Mungkin Sudah Ditetapkan

Kakimuvee

Tom Hardy Kongsikan ‘Deleted Scene’ ‘Venom’, Pra-Produksi Filem Ketiga Telah Bermula

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Harry Styles Tidak Meludah Chris Pine

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee