Bagaimana Syafiq “Kosongkan” Kuala Lumpur Dalam Filem Desolasi

4335
views

poster-filem-desolasi

Teknik Imej Janaan Komputer (CGI) telah pun lama digunakan dalam industri perfileman di Hollywood dan antarabangsa, malah di Malaysia juga, ramai produser-produser filem sanggup mengeluarkan bajet besar dalam menggunakan teknik tersebut dalam penghasilan filem mereka bagi memastikan filem mereka lebih kelihatan realistik dan menarik.

Sebagai contoh Cicakman menggunakan 90% teknik CGI dalam filem mereka bagi mencipta Kota Metrofulus, manakala Ola Bola pula menggunakan teknik tersebut bagi memperlihatkan stadium Merdeka dipenuhi penonton.

desolasi-kakimuvee-3

Filem terbaru, Desolasi juga tidak ketinggalan menggunakan teknik ini dalam memperlihatkan bandaraya Kuala Lumpur kelihatan kosong seolah-olah tiada penghuni yang tinggal di Ibu Kota tersebut.

Perhatikan trailer filem, bagaimana kawasan yang sentiasa sesak dengan manusia seperti Kota Raya, Petaling Street dan Bukit Bintang tidak kelihatan satu manusia pun.

Ramai peminat yang menonton trailer filem tersebut mengatakan pengarah filem Syafiq Yusof menggunakan pengaruh bapanya mengarahkan polis mengosongkan beberapa tempat dalam Kuala Lumpur bagi membuat babak tersebut.

desolasi-kakimuvee-1

Tetapi, pendapat tersebut segera dinafikan oleh Syafiq Yusof dan menjelaskan ianya dilakukan dengan menggunakan teknik CGI.

“Ramai yang cakap saya gunakan pengaruh bapa kerana kata mereka, bapa saya ada hubungan baik dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia), tetapi itu semua tidak benar.

“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan tidak menutup jalan utama. Apa yang kami lakukan ialah menutup beberapa laluan selama 10 hingga 15 saat saja. Itu pun, ramai yang marah dan tak puas hati,” katanya.

desolasi-kakimuvee-2

Syafiq berkata, bagi menjayakan babak Syamsul yang memegang peranan sebagai Aiman bersendirian, mereka gunakan teknik kesan khas Imej Janaan Komputer (CGI) untuk ‘memadam’ semua orang awam yang berada di situ.

Jadi, pihak produksi Desolasi ini juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi ini dalam pembikinan filem tersebut. Walaupun teknologi ini mahal, ianya berbaloi kerana berjaya membuatkan penonton kagum dengan apa yang mereka lihat didalam filem.

Desolasi akan ditayangkan pada 8 Disember ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here