Siapa kata botak itu tidak kacak? seseorang lelaki itu jika dia berkepala botak, ianya akan kelihatan lebih kacak berbanding apabila dia mempunyai rambut yang panjang. Terdapat juga segelintir aktor yang sentiasa sahaja kelihatan botak, malah gaya mereka membotakkan kepala kadang-kala menjadi ikutan peminat.
Sebagai contoh pelakon – pelakon terkenal yang botak seperti Vin Diesel, Bruce Willis dan Dwayne Johnson (The Rock), mereka ini diminati orang ramai sehingga ada lelaki sanggup memendekkan rambut hampir botak mengikut gaya mereka.
Malah pelakon terbabit juga menjadi pujaan wanita yang tidak kisah teman lelaki botak asalkan kelihatan tampan seperti pelakon terbabit.
Bagaimana rupa mereka jika mempunyai rambut, adakah mereka, termasuk Jason Statham akan kelihatan lebih tampan? Anda nilaikan berdasarkan gambar ini. – quotespaper.com