Bagaimana Mar-Vell / Dr. Wendy Lawson Memiliki Tesseract?

559
views

SPOILER ALERT!!

Filem terbaru Marvel iaitu Captain Marvel telahpun ditayangkan beberapa hari yang lalu dan telah menerima pelbagai kritikan dari para penonton terutamanya yang meminati filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU).

Antara kritikan yang diterima adalah tentang pemilihan pelakon Brie Larson yang membawakan watak Carol Danvers aka Captain Marvel. Bagaimana, kami tidak mahu bincangkan tentang pelakon tersebut, tetapi ingin mendedahkan satu ‘plot hole’ filem yang ramai tidak perasan.

‘Plot hole’ yang dimaksudkan adalah tentang Tesseract. Jika penonton yang perasan akan plot hole tersebut pasti akan tertanya-tanya bagaimana barang milik Odin itu berada di tangan Dr. Wendy Lawson atau juga dikenali sebagai Mar-Vell.

Sebelum kita memikirkan tentang pemilikan Tesseract oleh Mar-Vell, mari kita lihat sejarah batu infiniti itu penglibatan filem Captain Marvel.

Tesseract merupakan barang yang tersimpan rapi dalam bilik kebal milik Odin. Kemudian raja Asgard itu membawa Tesseract ke Bumi dan disimpan di sebuah tempat yang terletak di Tønsberg, Norway. Ketika Perang Dunia berlaku, HYDRA yang diketuai Johann Schmidt aka Red Skull telah menyerang Tønsberg dan mengambil Tesseract untuk dibawa pulang ke markas HYDRA. Barang tersebut menjadi milik Red Skull sehinggalah ianya dirampas oleh Steve Rogers aka Captain America.

Kemudian barang tersebut dimiliki Howard Stark selepas dia menjumpainya di lautan Artik. Ketika itu, ayah Tony Stark mahu mencari Captain America yang terhempas di lautan tersebut. Sebelum Captain Marvel ditayangkan, Tesseract diketahui disimpan oleh S.H.I.E.L.D selama puluhan tahun sehinggalah ianya dibawa pulang oleh Thor ke Asgard.

Jadi apabila Captain Marvel mula ditayangkan, ada yang merasa hairan bagaiman barang tersebut berada di bangsa Kree iaitu Mar-Vell sedangkan Howard Stark menyimpan barang tersebut.

Secara teorinya, berkemungkinan besar Howard Stark dan Dr. Wendy Lawson mengenali antara satu sama lain, cuma Stark mungkin tidak mengentahui yang Lawson adalah bangsa Kree. Melihat kepada kemajuan teknologi projek Pegasus, Stark meminjamkan Tesseract kepada Lawson dengan syarat teknologi yang dbangunkan Lawson diberikan kepada S.H.I.E.L.D

Cuma status Tesseract dalam organisasi S.H.I.E.L.D tidak diketahui kerana dalam filem Captain Marvel, Nick Fury kelihatan seperti pertama kali melihat barang tersebut. Mungkin Howard Stark dan beberapa pengasas organisasi tersebut merahsiakan barang yang sangat berkuasa itu.

Apapun, misteri pemilikkan Tesseract mungkin dapat dijawab apabila Marvel mengeluarkan komik ‘tie-in’ dengan filem Captain Marvel. Kebiasaanya beberapa komik ‘tie-in’ akan dikeluarkan Marvel bagi mengisi lubang-lubang jalur masa MCU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here