Official Trailer

Badut Menakutkan Dari Kotak Dalam Trailer Filem Seram THE JACK IN THE BOX

Views

Bayangkan anda diburu patung badut yang agak ngeri, pasti menakutkan bukan?

TGV Pictures bakal membawakan kepada anda sebuah filem seram berjudul The Jack in the Box, anda boleh saksikannya trailer dipemain video dibawah.

Casey Reynolds, seorang kakitangan di sebuah muzium yang terletak di tengah hutan, percaya bahawa bahawa kotak lama Jack-In-The-Box yang disumbangkan ke tempat itu telah disumpah. Dia percaya bahawa boneka badut menyeramkan yang berada didalam kotak tersebut bernyawa. Dia kemudian menyedari bahawa dia harus mencari jalan untuk mengakhiri sumpahan apabila rakan-rakannya mulai mati satu persatu, atau dia juga akan mati.

Diarahkan Lawrence Fowler, The Jack in the Box dibintangi pelakon seperti Ethan Taylor, Robert Nairne, dan Lucy-Jane Quinlan.

The Jack in the Box masih belum mempunyai tarikh tayangan di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks