Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Badang: Fasha Sandha Hampir Botakkan Kepala Demi Watak

Aktres Fasha Sandha menolak untuk membotakkan kepala sewaktu menjayakan watak sebagai Tisha dalam filem terbaharu Badang bagi menghormati sensitiviti masyarakat.

Bagaimanapun, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 33, berkata, dia setuju untuk mengorbankan rambut panjangnya dipotong pendek bagi memastikan watak tersebut berjaya.


“Babak ini menunjukkan Tisha yang juga isteri kepada Badang telah dianiaya oleh abangnya Tai dilakonkan oleh Fauzi Nawawi.

“Tisha telah didera dengan kejam oleh abangnya dengan memukul, merentap dan menggunting sebahagian besar rambutnya.

“Kekejaman itu terserlah apabila perlakuan itu ditonjolkan,” katanya.

Selain Fasha, turut membintangi filem yang diarahkan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen pengasas produk kecantikan Datuk Aliff Syukri, Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi.

Jelas pelakon yang mula dikenali menerusi filem Black Maria dan Berlari Ke Langit itu lagi, kalau diikutkan Tisha didera sehingga rambutnya dibotakkan.

Salah satu babak filem Badang

“Bagaimanapun selepas memikirkan isu sensitif yang pernah berlaku apabila ada pelakon wanita membotakkan kepala untuk menjayakan watak dalam filem membuatkan saya mahupun pihak produksi filem Badang memikirkan rambut panjang saya dipotong pendek sudah memadai,” katanya.

Fasha juga menafikan berasa menyesal mahupun terkilan apabila harus memotong rambut pendek seperti lelaki gara-gara mahu menjayakan watak.

“Sewaktu menerima tawaran untuk menjayakan filem ini lagi saya sedar akan pengorbanan besar yang harus dilakukan.

“Sebagai pelakon saya perlu komited dengan apa yang harus dilalui watak dijayakan.

“Saya tidak kisah apabila terpaksa melakukan pengorbanan ini asalkan watak dijayakan nampak benar-benar hidup dan penonton yakin dengan lakonan diberikan apabila mereka menonton Badang di pawagam nanti,” katanya.

Sumber: mStar

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment