Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

BAD BOYS Kuasai Tangga Pertama Box Office, DOLITTLE Gagal Menarik Penonton

Selepas 17 tahun menghilang, Mike dan Marcus kembali ke layar perak dengan minggu pembukaan yang cukup sukses. Filem terbaru Sony, Bad Boys for Life telah berjaya meraih $68.1 juta dalam tempoh 4 hari tayangannya, jauh lebih tinggi dari sasaran yang ditetapkan sebanyak $59.1 juta.

Filem arahan Adil El Arbi dan Bilall Fallah itu turut berprestasi baik dipentas antarabangsa apabila meraih $38.6 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $106.7 juta dolar.


Nasib berbeza pada filem Dolittle terbitan Universal Pictures. Reputasi Robert Downey Jr. sebagai pelakon yang terkenal dengan watak Tony Stark aka Iron Man, gagal untuk menarik penonton menyaksikan filem animasi live action itu. Dolittle hanya mampu meraih $22.5 juta dipasaran domestik Amerika Syarikat dan $27.3 juta dipasaran antarabangsa pada minggu pertama, menjadikan jumlah keseluruhan hanya $57.3 juta dolar.

Filem arahan Stephen Gaghan itu kini hanya mendapat rating sebanyak 18% dilaman Rottentomatoes, dan berpontensi untuk menjadi filem yang gagal memandangkan kos pembikinannya yang mahal, sekitar $175-$200 juta dolar.

Kedudukan ketiga carta box office AS, dikuasai satu lagi filem Universal, 1917 yang berjaya menambah $22.1 juta dolar pada minggu kedua tayangannya diseluruh dunia. Filem arahan Sam Mendes ini telah mengumpul $143.5 juta dolar seluruh dunia.

Akhir sekali, filem terbitan Sony, Jumanji: The Next Level masih berada di carta top 5 box office AS dengan penambahan $9.5 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $711.7 juta, manakala filem terbitan Lucasfilm, Star Wars: The Rise of Skywalker berada ditangga kelima dengan kutipan tambahan sebanyak $8.3 juta dolar. Filem terakhir Skywalker Saga itu telah mengumpul $1.028 billion seluruh dunia.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment