Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Bad And Crazy” Membuka Rancangannya Dengan Duduki Tempat Pertama

Drama terbaru tvN Bad and Crazy membuka rancangannya dengan prestasi yang menjanjikan.!

Pada 17 Disember, tayangan perdana Bad and Crazy telah mencatatkan penilaian penonton yang kukuh dengan rating 4.5 peratus. Drama terbaru itu telah mengambil alih kedudukan pertama dalam slot waktunya yang sebelum diduduki drama popular Happines. Selain itu juga, Bad and Crazy turut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel di kalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan memperoleh purata rating 2.4 peratus. 

Dibintangi Lee Dong Wook dan Wi Ha Jundrama terbaru ini berkisarkan tentang Soo-Yeol (Lee Dong-Wook), yang bekerja sebagai pegawai polis untuk Jabatan Polis Mooui. Dia cekap dalam pekerjaannya, tetapi dia juga mempunyai etika yang boleh dipersoalkan. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan.


Disebabkan keperibadiannya yang bercita-cita tinggi, dia telah menerima kenaikan pangkat dalam tempoh yang singkat. Kehidupannya yang lancar tiba-tiba berubah dengan kehadiran K (Wi Ha-Joon). K adalah seorang yang benar, tetapi juga seorang yang gila. Setiap kali dia menghadapi ketidakadilan, dia menghadapinya dengan penumbuk. Dia memiliki impian untuk menjadi hero.

Bad and Crazy boleh distrim di platform perkhidmatan streaming iQiyi

Sementara itu, drama sejarah romantik popular MBC, The Red Sleeve, telah mencapai penilaian penonton tertinggi pada episod terbaru. Rating drama tersebut telah melonjak ke tahap 12.8 peratus, sekaligus menyaksikan peningkatan rating sebanyak 2 peratus berbanding episod minggu lalu, dan mencipta rekod peribadi drama tersebut.

Akhir sekali, drama SBS Now We Are Breaking Up kekal stabil dengan episod terbaru merekodkan rating 6.5 peratus. 

Sumber: Soompi

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha