Slot Asia

“Backstreet Rookie” & “Once Again” Catat Penurunan Rating, “It’s Okay To Not Be Okay” Terus Meningkat

Views

Rating drama tvN It’s Okay to Not Be Okay mencatatkan sedikit peningkatan dengan episod terbaru mencatatkan purata rating sebanyak 5.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 6.4 peratus. Selain itu juga, demografi penonton yang berumur 20 sehingga 49 tahun turut mencatatkan purata rating sebanyak 4.9 peratus dan kemuncaknya sebanyak 5.5 peratus.

Drama SBS, Backstreet Rookie mencatatkan sedikit penurunan dengan rating episod terbaru sebanyak 7.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 8.4 peratus. Episod sebelum mencatatkan purata rating sebanyak 8.6 peratus.

Turut mencatatkan penurunan rating adalah drama KBS 2TV, Once Again yang mendapat purata rating sebanyak 24.2 peratus dan 28.7 peratus.

Untuk lain-lain drama, King Maker: The Change of Destiny mencatatkan sedikit peningkatan dengan purata rating sebanyak 5.2 peratus manakala drama JTBC, Graceful Friends terus menyaksikan penurunan dengan rating terbaru sebanyak 5.2 peratus. Drama OCN, Train mendapat rating sederhana sebanyak 1.0 peratus.

Tinggalkan Balasan

shares