Slot Asia

“Backstreet Rookie” & “It’s Okay To Not Be Okay” Catat Peningkatan Rating Tontonan

Views

Drama SBS Backstreet Rookie dan tvN It’s Okay to Not Be Okay berjaya mencatatkan peningkatan penonton semalam.

Selepas mencatatkan purata rating yang sama untuk tiga episod berturut-turut, It’s Okay to Not Be Okay berjaya mencatatkan peningkatan penonton pada episod terbaru. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru drama romantik itu berjaya mencatatkan purata rating sebanyak 5.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 6.2 peratus.

Selain itu juga, It’s Okay to Not Be Okay kekal menjadi pilihan penonton berusia diantara 20 hingga 49 tahun, serta menguasai tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran – termasuklah rangkaian siaran awam.

Backstreet Rookie mencatatkan peningkatan penonton yang cukup tinggi apabila episod terbarunya berjaya mendapat purata rating sebanyak 5.3 peratus dan 8.4 peratus.

Sementara itu, satu lagi drama tvN, King Maker: The Change of Destiny  kekal dengan dengan rating 5.0 peratus, manakala drama terbaru OCN, Train mencatatkan purata rating sebanyak 1.0 peratus untuk episod ketiga.

Drama JTCB, Graceful Friends mencatatkan sedikit penurunan. Episod keempat drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 3.7 peratus

BACA:  PENINSULA Kutip RM4 Juta Pada Minggu Pertama Tayangan Di Malaysia

Akhir sekali, drama KBS 2TV, Once Again terus menguasai siaran malam Sabtu apabila mencatatkan purata rating sebanyak 23.9 peratus dan 29.4 peratus.

Tinggalkan Balasan

shares