Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Babun Mendominasi Poster IMAX Jumanji: The Next Level

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum filem Jumanji: The Next Level akan menemui penonton. Bagi merancakkan promosi filem ketiga dalam francais Jumanji itu, IMAX telah melancarkan poster terbaru yang memaparkan watak-watak utama bakal berhadapan dengan babun yang ganas. Anda boleh saksikan poster tersebut dibawah.

Tanpa pengentahuan rakan-rakannya, Spencer telah menyimpan serpihan permainan video Jumanji. Satu hari, rakan-rakan Spencer pergi ke rumah datuknya, dimana Spencer berada disana – dan mendapati Spencer telah hilang dan permainan Jumanji sedang berjalan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk kembali dalam permainan tersebut.

Datuk Spencer, Eddie dan rakannya, Milo Walker mendengar perbualan remaja tersebut, dan mereka juga turut disedut masuk kedalam permainan Jumanji. Kumpulan remaja tersebut perlu menyelamat Eddie dan Milo mempelajari ‘avatar’ mereka dan dalam masa yang sama perlu mencari Spencer serta keluar dari Jumanji.

Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Ser’Darius Blain, Madison Iseman, Morgan Turner, dan Alex Wolff kembali sekuel kali ini, bersama-sama pendatang baru, Awkwafina, Danny Glover, dan Danny DeVito.

Jake Kasdan kembali mengarah filem ini manakala skrip ditulis oleh Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner.

Jumanji: The Next Level akan menemui penonton pada 13 Disember 2019

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment