Babak ‘Post Credit’ Deadpool 2 Disahkan ‘Canon’

226
views

Beberapa babak ‘post credit’ yang ditunjukkan dalam filem Deadpool 2 telah menimbulkan beberapa persoalan dikalangan peminat-peminat filem X-Men. Disebabkan kekeliruan yang ditunjukkan dalam babak tersebut, penulis filem Deadpool 2 iaitu Paul Wernick dan Rhett Reese telah mengesahkan babak yang ditunjuk dalam ‘post credit’ tersebut adalah ‘canon’.

“Yes, the after credit scene is CANON, Don’t expect that device to stick around beyond this movie, though!”

Jika kita lihat balik dalam babak ‘post credit’ Deadpool 2, kita dapat menyaksikan antihero tersebut telah menggunakan alat milik Cable untuk kembali ke masa lampau dan menyelamatkan kekasihnya, Vanessa dari dibunuh penjenayah dan juga menyelamatkan Peter, salah seorang anggota kumpulan X-Force.

Selepas menyelamatkan beberapa individu, Deadpool telah pergi dengan lebih jauh – iaitu ke event X-Men Origins: Wolverine yang berlatarbelakangkan tahun 70an. Dalam filem tersebut Wade Wilson aka Deadpool dan James Howlett aka Wolverine merupakan antara anggota tentera upahan yang dikenali sebagai Team X dan diketuai oleh William Stryker

Wade Wilson kemudiannya telah diubah menjadi Weapon XI oleh Stryker dan dia telah bertarung dengan Wolverine serta Victor Creed di reaktor nuklear sebelum ditewaskan oleh kedua-dua mutant tersebut dan terjatuh ke dasar reaktor nuklear dengan kepalanya terpisah dari badan.

Bagaimanapun, sebelum sempat berlakunya pertarungan diantara Weapon XI dan Wolverine, Deadpool telah muncul dan menembak ‘dirinya’ itu secara bertubi-tubi sambil berkata kepada Wolverine “Don’t scratch! Just cleaning up the timelines.” – Sebenarnya, babak tersebut sepatutnya tidak lagi wujud kerana jalurmasa X-Men Origins: Wolverine sudahpun terhapus selepas berlaku ‘event’ X-Men: Days of Future Past. 

Jadi, penjelasan yang diberikan oleh kedua-dua penulis berkenaan sebenarnya menambahkan lagi kecelaruan jalurmasa X-Men dan menimbulkan banyak persoalan tentang apa yang dilakukan oleh Deadpool apabila menggunakan alat tersebut untuk mengubah masa lampau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here