Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Babak Pembuka ‘Spider-Man: No Way Home’ Telah Didedahkan

Akaun peminat Spider-Man: No Way Home telah mendedahkan babak pembuka filem terbaru Sony Pictures/MCU yang dinantikan-nantikan. 

Menurut akaun tersebut, klip pembuka itu telah ditunjukkan dalam rancangan Late Night With Seth Meyers, dimana ia menyambung dari adegan yang ditinggalkan dari filem kedua Spider-Man. Peter Parker yang terkejut dengan pendedahan J. Jonah Jameson dilihat melalui dicelah-celah orang ramai sebelum mengambil M.J. dan melarikan diri ke tempat lain.

Anda boleh lihat klip tersebut dibawah:

Spider-Man: No Way Home dibintangi Tom Holland yang akan memainkan watak sebagai  superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 16 Disember ini. 

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Leave a Comment